NasionalParlimen

e-sukan: Pemuda UMMO, Pas kena berani cakap, jangan lembap – YB Sepang

KATA Ahli Dewan Rakyat dari Sepang, Mohamed Hanipa Maidin, “Pemuda UMNO dan Pas kena berani cakap yang benar. Pemuda lembap ni, apa makna?”

YB Sepang mengutarakan pandangan beliau ketika berucap di Dewan Rakyat sebentar tadi yang mana isu yang dibawa oleh beliau pada mulanya menjurus ke arah e-sukan atau e-sports dalam kalangan belia di negara ini.

Beliau berkata, di Malaysia terdapat 648 juta penonton e-sukan dan ujar beliau, apakah e-sukan itu, sukan atau tidak kerana tidak melibatkan aktiviti fizikal.

“Mungkin nampak lebih sihat atau sebagainya tetapi sekarang, yang pakai cermin mata tebal, agak subur dari perkembangan badannya tapi mereka terlibat dalam sukan.

“Aptah lagi e-sukan yang mana ada fenomena junkies. Terlalu ketagih dengan e-sukan atau e-games yang ada kesan buruknya. Saya dengar ada yang tak sembahyang dan kurang bersukan.

“Tapi tak berpeluh dan sebagainya. Ini down side. Harap perkara ini diambil kira,” katanya mengulas tentang e-sukan atau e-sport.

Beliau turut berakta, ada belia yang dilaporkan meninggal dunia kerana terlalu ketagih dengan e-sukan ini.

“Apa pun kena ambik berat, dapat perhatian daripada Menteri,” tegas beliau pada persidangan Parlimen hari ini yang turut disiarkan secara langsung di SUARA MERDEKA. – SM

(Visited 527 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button