Nasionalpilihan

Muhyiddin Yassin jumpa Agong

Selepas pengumuman yang dibuat parti UMNO semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada pagi tadi telah tiba di Istana Negara dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire.

Beliau tiba kira-kira pukul 10.54 pagi dan masuk melalui pintu 1 Istana Negara.

Sebelum itu, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun tiba lebih awal di Istana Negara di Pintu 2 kira-kira pukul 9.30 pagi.

Semalam, Majlis Kerja Tertinggi UMNO membuat satu sidang akhbar yang diketahui Presiden parti tersebut, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan untuk memutuskan untuk tidak bersama kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan pimpinan Muhyiddin ternyata gagal di mata rakyat dan keputusan itu selaras dengan Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO.

Antara pemimpin UMNO yang menyertai sidang akhbar itu ialah Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang); Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak (Pekan); Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian) serta Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said (Pengerang). -SM

(Visited 237 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button