Nasional

Pelajar Tingkatan 6, diploma dapat bantuan ‘one-off’ RM200

SELAIN daripada para pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) kerajaan membuat keputusan untuk turut memberi bantuan ‘one-off’ RM200 kepada pelajar Tingkatan Enam.

Bantuan sekali beri itu  bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) sama seperti yang diberi kepada setiap pelajar sepenuh masa IPT awam dan swasta di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.

“Dengan perluasan tersebut, peruntukan yang disediakan telah dinaikkan daripada RM270 juta kepada RM300 juta untuk memanfaatkan kira-kira 1.5 juta pelajar.

“Di samping itu, kementerian yang terlibat akan mempercepatkan bayaran kepada pelajar IPT yang layak dari Mei kepada hujung April ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kerajaan berharap dengan bantuan tersebut, ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban dihadapi pelajar IPT dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

“Moga mereka terus sabar dan gigih dalam perjalanan menuntut ilmu dan menimba kemahiran,” katanya.

BACA

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika membentangkan Pakej Rangsangan Ekonoi Prihatin Rakyat mengumumkan para pelajar institusi pengajian tinggi akan menerima bantuan secara one-off sebanyak RM200 seorang yang akan dibayar pada bulan Mei 2020.

Bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM270 juta kepada pelajar di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuk matrikulasi, Kolej Komuniti, Politeknik, IPTA dan IPTS.

Untuk golongan belia bujang berusia 21 tahun ke atas  kerajaan memperuntukkan bantuan RM800 kepada tiga juta individu bujang berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.

Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.

Namun, daripada pakej itu golongan yang tercicir adalh golongan lepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berusia 18 hingga 21 tahun yang sudah pun memasuki pasaran kerja.

 

(Visited 584 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button