Nasional

Macau Scam: Suri rumah hilang wang simpanan RM2.4 juta

SEORANG suri rumah kehilangan wang simpanan berjumlah RM2.4 juta selepas ditipu sindiket Macau Scam yang menyamar sebagi pihak Telekom.

Difahamkan, kejadian berlaku pada 7 April lalu ketika mangsa yang berusia 60 tahun dihubungi seorang lelaki yang memaklumkan bahawa mangsa mempunyai tunggakan bil.

Suspek itu juga mengaku yang dia merupakan seorang kakitangan Telekom sebelum menyambung panggilan itu ke Balai Polis Kuantan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, mangsa kemudian telah dimaklumkan yang dia terlibat dengan kegiatan pengedaran kad kredit palsu dan penggubahan wang haram

BACA> Perlukah dikurangkan kompaun RM1000 terhadap yang ingkar pakai pelitup muka

“Suspek kemudian telah meminta mangsa membuka sebuah akaun bank yang baharu.

“Wang daripada akaun bank yang baharu itu kemudian dipindahkan ke dalam 23 akaun bank milik individu yang tidak dikenali.

“Mangsa turut memberikan semua ciri keselamatan dalam akaun tersebut kepada suspek kononnya untuk memudahkan siasatan,” katanya.

Menurut Ismadi, mangsa yang ketakutan telah menurut semua arahan suspek hingga kehilangan wang simpanannya yang berjumlah RM2.4 juta.

Jelasnya, mangsa bagaimanapun hanya menyedari dirinya tertipu pada Rabu lalu.

BACA> Netizen mahu kerajaan lockdown Kedah, Perlis, Pulau Pinang

“Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Tambahnya, polis menasihatkan supaya masyarakat jangan panik dengan panggilan sebegini. Sebaiknya hubungi terus pihak yang berkenaan seperti bank, institusi kewangan atau polis bagi membuat pengesahan lanjut. -SM

(Visited 253 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button