JenayahNasional

Mayat wanita reput ditemukan dalam tasik Putrajaya

PENDUDUK sekitar Presint 2, Putrajaya dikejutkan dengan penemuan mayat wanita yang sudah reput dan busuk dalam sebuah tasik berhampiran Sky Ride, semalam.                 .

Ketua Polis Daerah, ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam yang menjumpai mayat itu kira-kira pukul 6.55 petang.

“Pemeriksaan awal pasukan forensik mendapati keadaan mayat telah kembung, reput, kulit terkupas dan berbau busuk.

“Bahagian kemaluan si mati didapati reput dan terurai daripada badan manakala rambut juga telah tertanggal,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Beliau berkata, mayat juga ditemukan dalam keadaan telentang, berpakaian lengkap dan dipercayai berada di dalam air lebih kurang dua ke tiga hari.


“Pakaian mangsa ialah blazer berwarna hitam, kemeja-T berwarna biru, skirt mini jeans berwarna hitam dan tali pinggang pada skirt berlogo Versace, mangsa turut memakai tiga bentuk cincin dan gelang tangan,” katanya.

Katanya lagi, ketinggian wanita itu kira-kira 160 sentimeter namun taraf kewarganegaraannya dan umur masih belum dapat dipastikan.

Sehubungan itu, beliau memohon orang ramai atau waris yang kehilangan ahli keluarga atau saksi kejadian tampil membantu siasatan.

Mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Putrajaya untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan awal sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu laporan bedah siasat dan pengesanan identity, ujarnya.

Orang awam terutama ahli keluarga yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian serta mangsa diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya menerusi talian 03-88862145 atau pegawai penyiasat (IO) Hafiza 019-8926572. – SM

(Visited 255 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button