Nasional

Peguam Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, bukan lantikan politik – Peguam

PEGUAM Haniff Khatri Abdulla mempersoalkan pengakuan yang dibuat oleh Tommy Thomas bahawa pelantikan beliau sebagai Peguam Negara sebagai lantikan politik.

Haniff berkata, Peguam Negara sebenarnya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan ia bukan satu lantikan politik.

Kata beliau, Tommy tidak sepatutnya meletakkan jawatan ketika kerajaan telah dibubarkan dan Yang di-Pertuan Agong memerlukan nasihat beliau.

“Adakah pengguguran kes Lim Guan Eng, kes-kes Akta Hasutan, Rayuan Rafizi dan LTTE bermotifkan politik kerana beliau meanggap ia adalah lantikan politik,” kata Haniff.

BACA: Tommy Thomas mengaku sebagai lantikan politik

Tommy yang dilantik ke jawatan tersebut pada 5 Jun 2018 melepaskan jawatan tersebut pada 28 Februari lalu iaitu empat bulan sebelum kontraknya tamat pada bulan Jun nanti.

Jelas Tommy, dia telah dilantik oleh perdana menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Justeru apabila perdana menteri ke-7 itu meletakkan jawatan adalah wajar untuknya turut meletakkan jawatan.

 

(Visited 372 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button