Nasionalpilihan

Kes ceroboh PKRC Maeps yang disiasat, bukan hartal doktor kontrak – KP Selangor

POLIS menegaskan pihaknya sedang menyiasat kes pencerobohan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Bersepadu (PKRCB), MAEPS Serdang dan bukannya melibatkan perhimpunan Hartal Doktor Kontrak.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, tidak ada sebarang siasatan dilakukan berkenaan perhimpunan tersebut kerana tiada kesalahan yang berlaku.

“Kita tidak siasat pun berkenaan dengan perhimpunan tersebut. Ada pihak yang cuba memutar belitkan isu.

“Apa yang kita siasat adalah berkenaan penceroboban ke dalam PKRCB Maeps yang melibatkan enam orang wartawan dari pelbagai agensi,” katanya dalam satu sidang akhbar yang dilakukan secara maya hari ini.

Menurut Arjunaidi, siasatan juga dilakukan berdasarkan kepada laporan yang telah dibuat oleh Pengarah Maeps.

Jelasnya, pada Isnin lalu, sebanyak enam wartawan telah memasuki kawasan zon kuning di PKRCB tersebut yang menempatkan pesakit positif Covid-19 tahap tiga dan empat.

“Apa yang kita siasat adalah berkenaan dengan isu ini dan kita perlu melakukan siasatan dengan merakap percakapan doktor bagi mendapatkan maklumat.

“Kalau rakam percakapan pun salah, saya pun tak tahulah apa cari lagi kita nak siasat,” katanya.

Ditanya mengenai proses rakaman percakapan yang berlaku sehingga pukul 3 pagi, Arjunaidi berkata waktu itu adalah ketika doktor bekerja.

Jelasnya, mereka yang dirakam percakapan memulakan tugas pada pukul 8 malam hingga 8 pagi dan jika dilakukan selepas selesai tugas, pasti pihak yang berkenaan akan letih.

“Kalau kita ambil keterangan selepas bekerja, kita macam tidak ada hari perut. Jadi kita lakukan semasa mereka bertugas.

“Bukan salah mereka (individu yang diambil keterangan) sebaliknya ada pihak yang cuba memutarkan belitkan isu. Sedangkan kita cuba memberi yang terbaik kepada semua,” katanya.

Mengulas berkenaan isu pencerobohan ke dalam PKRC Maeps, jelasnya, pihaknya sudah mengenal pasti semua wartawan yang terlibat dan mereka akan dipanggil dalam masa terdekat.

Tambahnya, siasatan akan dilakukan di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan akan diselesaikan dengan segera supaya tidak ada pihak yang cuba mengambil kesempatan berkenaan isu ini. -SM

(Visited 224 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button