Nasional

113 pelajar baru diploma UPSI ikuti Program Millenia

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerima kemasukan seramai 113 orang pelajar baharu Diploma Ambilan Januari 2023 bermula kelmarin

.
Mereka yang mendaftar di Dewan Kolej Harun Aminurrashid, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City kelmarin disambut Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Datuk Dr Norkhalid Salimin dan bakal dibentuk menjadi penuntut yang proaktif dalam merealisasikan hasrat untuk menjadikan UPSI sebagai “Universiti Nombor Satu Pendidikan”.

Wahid (dua dari kiri) menemani anaknya, Muhammad Wazif, semasa membuat pendaftaran di Dewan Kolej Harun Aminurrashid, Kampus Sultan Azlan Shah.

Mereka adalah ambilan pertama yang mengikuti menjalani Minggu Intelektual & Interaksi Anak Kandung Suluh Budiman (MILLENIA) yang dahulunya dikenali sebagai Program Orentasi Pelajar ( POP).

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata, seramai 113 pelajar baharu berkenaan mendaftar kelmarin dan akan mengikuti pengajian di tiga fakulti iaitu Fakulti Sains dan Matematik seramai 32 orang, Fakulti Pembangunan Manusia (44 ), manakala Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan seramai 37 orang.

UPSI, katanya, sentiasa mengalu-alukan pelajar yang cemerlang dalam aspek akademik, sukan, sahsiah, adab dan akhlak untuk menyambung pengajian di univerisiti yang bersejarah itu.


Menariknya pada sesi pendaftaran yang berlangsung di Dewan Kolej Harun Aminurrashid, anak pelawak Wahid Senario, Muhammad Wazif,19, yang aktif dalam bidang sukan turut memilih UPSI sebagai destinasi pengajian melanjutkan pengajian Diploma Sains Sukan.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof Dr. Norkhalid Salimin berkata, UPSI sentiasa berusaha sedaya upaya untuk memastikan pelajar baharu diploma merasai keselesaan dalam menimba ilmu diuniversiti pendidikan tersohor itu.

“Kami menyediakan persekitaran bilik kuliah yang serba digital, kemudahan perkhidmatan bas yang efisien, kemudahan kolej yang serba baharu, kemudahan kafetaria yang mesra pelajar, kemudahan tempat riadah dan rekreasi yang bertaraf antarabangsa serta lain-lain kemudahan yang disediakan.

Norkhalid menyerahkan bag untuk seorang pelajar diploma yang baru mendaftar.

Kemudahan yang disediakan itu, katanya, diharapkan dapat memberi semangat yang tinggi untuk pelajar baharu menimba ilmu sekaligus berbangga menjadi Anak Kandung Suluh Budiman.

“UPSI sentiasa menekankan keselesaan buat pelajar baharu yang pertama kali menjejakkan kaki di bumi Muallim yang bertuah ini. Selagi hayat dikandung badan UPSI akan sentiasa prihatin terhadap keselesaan dan kebajikan pelajar,” katanya.

Pelajar baharu itu mengikuti Program Millenia bermula 4 Januari sehingga 6 Januari 2023 bertempat di Panggung Percubaan UPSI dengan pengisian slot yang bermanfaat.

(Visited 159 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button