Nasional

Topeng muka percuma akan diedarkan kepada 8.63 juta isi rumah

TOPENG muka percuma akan diedarkan oleh kerajaan kepada 8.63 juta isi rumah di seluruh negara.

Kerajaan akan memberikan topeng muka itu kepada seluruh rakyat secara percuma dalam menghadapi wabak COVID-19.

Menteri Kanan (Pertahanan)  Ismail Sabri Yaakob, topeng muka tersebut akan diagihkan secara berperingkat setelah bekalan topeng yang dibeli dari luar negara tiba di Malaysia.

Ismail Sabri Yaakob

Edaran topeng muka pecuma terbabit akan dibuat melalui Jawatankuasa Bencana negeri dan daerah.

“Kerajaan akan beri (topeng) percuma kepada 8.63 juta isi rumah. Kini kita menunggu bekalan topeng yang kita import sampai.

“Apabila sampai kita akan edarkan secara berperingkat berpandukan nasihat Kementerian Kesihatan mengenai siapa yang sewajarnya mendapat topeng itu,” kata Ismail Sabri.

Ketika ini bekalan topeng muka sukar untuk didapati. Malah ada pihak yang mengambil kesempatan menyorok bekalan topeng muka dan kemudiannya menjual secara dalam talian dengan harga yang amat mahal.

BERITA BERKAITAN:

Sebelum ini Menteri Kanan (Kluster Infrastruktur) Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, sebanyak 10 juta topeng muka daripada China akan dibawa masuk secara berfasa.

Ini bagi menampung kekurangan bekalan dalam negara berikutan penularan jangkitan COVID-19.

Katanya, secara dasarnya persetujuan telah dicapai dengan kerajaan China.

Kataya, urus kerja untuk membawa masuk bekalan sedang diurus Kementerian Pengangkutan dengan kerjasama syarikat penerbangan.

“Kami sedang muktamadkan di bawah Kementerian Pengangkutan… akan bermula secepat mungkin… urusan sudah dimuktamadkan, fasa pertama, berapa banyak dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan, di Putrajaya hari ini.

Bagaimanapun tidak dinyatakan sama ada yang dari China itu merupakan topeng muka percuma yang bakal diekdarkan. – SM

(Visited 298 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button