Nasionalpilihan

Rugi ratusan ribu ringgit selepas beli minyak untuk hasilkan vaksin Covid-19

POLIS telah menerima lima aduan melibatkan jumlah kerugian sebanyak RM128,498 berkaitan sindiket penipuan jualan minyak Precatoria yang didakwa digunakan untuk menghasilkan vaksin Covid-19.

Difahamkan, mous operandi sindiket penipuan ialah dengan menghantar emel kepada syarikat yang disasarkan akan bmembeli minyak tersebut.

Syarikat yang berminat kemudian akan diminta untuk membuat pembayaran kepada akaun yang diberikan (keldai akaun) bagi tujuan membeli sampel bahan organik untuk menghasilkan vaksin Covid-19.

Bagaimanapun, selepas melakukan pembayaran, mangsa tidak menerima sebarang sampel yang dijanjikan dan sindiket penipuan juga gagal dihubungi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, sindiket penipuan cuba menjadikan isu Covid-19 sebagai modal untuk meraih keuntungan.


“Kita menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan perkara sebegini.

“Pihak kerajaans entiasa memberi keutamaan dalam sebarang inisiatif menangani Covid-19 sama ada daripada segi peberian vaksin mahupun kajian pembangunan vaksin.

“Swajarnya, mana-mana individu atau syarikat yang ingin terlibat perlu merujuk kepada agensi kerajaan yang berkaitan sebelum membuat keputusan,” katanya. -SM

(Visited 57 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button