Hiburan

Tema filem kahwin muda sasar kutipan RM2 Juta

Kelmarin berlangsungnya Tayangan Perdana filem dari Indonesia, ‘Imam Tanpa Makmum yang berlangsung di TGV KLCC.

Filem yang menelan belanja sekitar Rm1.4 juta ini merupakan sebuah filem romantik komedi terbitan produksi Indonesia Syakir Picture dengan kerjasama Onrprima Studio.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Onprima Studio, walaupun kos pembuatan filem ini menelan belanja yang agak besar namun pihaknya berharap ia akan menjadi box office secara realistik.

‘’Secara jujurnya kos penerbitan RM1.4 Juta, kita meletakkan satu box office di Malaysia tapi secara realistik di satu angka melebihi RM2 Juta, Insyallah, apa pun bergantung kepada rezeki Allah kita hanya mampu berusaha dan ikhtiar.

‘’Saya juga mohon kepada orang untuk untuk mengajak rakan dan keluarga untuk menonton filem ini.’’ Katanya semasa sidang media selepas tayangan filem Imam Tanpa Makmum semalam.

Mengangkat tema kahwin muda, terbitan, arahan dan juga watak utama dari Syakir Daulay ini agak berbeza dengan karya lain, kerana terdapat banyak subtax serta maksud tersirat.

Syakir juga akui banyak tanggungjawab dan cabaran yang terpaksa dihadapi namun pelakon muda ini berani mengambil Langkah untuk ke hadapan.

‘’Walaupun sukar, tapi saya boleh belajar dari kesusahan untuk terus maju ke depan, syukur di Indonesia, pengarah-pengarah Indonesia sentiasa ada untuk saya dan kesulitan itu saya nikmati.

‘’Filem ini, mengangkat tradisi Melayu, saya sendiri berasal dari Aceh Melayu, saya rindukan filem yang berbudi pekerti, berimabernada kerana di Indonesia kebanyakan filem yang bahasanya sekarang sudah tidak sedap di dengar.’’ Katanya.

Filem ini sudah mula ditayangkan di Indonesia pada 19 Oktober lalu.

Namun penonton di Malaysia boleh mula menonton di seluruh pawagam pada 30 November ini.

Artikle Berkaitan:>

Keena Mentor dedah rakaman OST filem Misteri Roh Pulau Penunggu ada penampakan

Filem Anwar: The Untold Story gagal menusuk kalbu

(Visited 73 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button