Hiburan

Ramai yang keliru, saya tak merentas negeri pun – Bella Dally

PELAKON, Bella Dally menafikan dia melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan merentas negeri.

Bella Dally atau nama sebenarnya, Nabila Ali Dally berkata, dia mengakui melakukan aktiviti berbasikal tetapi tidaklah hingga merentas sempadan dua negeri.

“Pada 18 Oktober lalu, saya melakukan aktiviti berbasikal di sekitar daerah Gombak, Selangor berhampiran Hutan Lipur Sungai Tua yang berdekatan dengan sempadan Selangor dan Pahang.

“Kemudian saya memuat naik sekeping gambar ke Instagram dengan kapsyen “Woohoo Genting Sempah with…” yang telah menimbulkan kekeliruan sehinggakan ada yang mendakwa saya telah merentasi sempadan antara dua negeri dan melanggar PKPB,” katanya.

Menurutnya, ketika itu dia masi berada di dalam Selangor dan tidak merentasi sempadan negeri pun.

Jelasnya, jika dia berada di sempadan negeri, sudah tentu ada papan tanda dan garis sempadan antara Selangor dan Pahang untuk rujukan.

“Bagaimanapun, saya mengambil iktikar terhadap apa yang berlaku dan memohon maaf di atas kekeliruan yang timbul ekoran daripada status di Instagram saya tempoh hari.

“Saya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melengkapkan siasatan dan meminta maaf di atas apa yang berlaku serta berharap kita dapat sama-sama memutuskan rantaian jangkitan Covid-19,” ujarnya.

Sementara itu, Bella turut memberitahu yang dia telah selesai memberi keterangan dan akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.

Sebelum ini, pelakon filem Desolasi itu menjadi tumpuan kerana dipercayai telah melanggar arakan PKPB sewaktu melakukan aktiviti berbasikal.

Gambar aktiviti tersebut yang dimuat naik di laman Instagram miliknya mendapat kecaman netizen yang mahukan pelakon itu diambil tindakan.

Malah, ada juga netizen yang mula menyarankan supaya mereka yang aktif dengan sukan berbasikal supaya tidak melanggar arahan PKPB dan hanya melakukan aktiviti tersebut di sekitar taman perumahan sendiri sahaja. -SM

(Visited 624 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button