Politik

Tun M harap pengundi PRK Chini pilih Tengku Zainul

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menyifatkan calon bebas Tengku Zainul Hisham Hussin adalah pilihan terbaik dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.

Dalam sebuah video khas buat pengundi Chini di Facebooknya, Dr. Mahathir berharap pengundi akan mengundi Tengku Zainul. Keahlian Tengku Zainul dalam Bersatu dibatalkan susulan tindakannya bertanding sebagai calon bebas

“Parti Bersatu tidak meletakkan calon tetapi, saya sokong calon ini untuk bertanding dan saya harap penduduk Chini akan memberi kemenangan kepadanya”, kata Dr. Mahathir.

Tengku Zainul berdepan pertandingan 3 penjuru menghadapi calon Barisan Nasional, Mohd Shahrim Md Zin dan seorang lagi calon bebas, Mohd Shukri Mohd Ramli.

DUN Chini mempunyai 20,990 pengundi. PRK ini menyusuli kematian penyandangnya, Abu Bakar Harun dari BN akibat serangan jantung pada 6 Mei.-SM

(Visited 107 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button