HiburanUncategorized

Atta Halilintar dibenarkan nikah di stadium keramat Indonesia

SEBELUM ini Stadium Gelora Bung Karno (GBK) sudah dianggap sebagai medan keramat buat pasukan kebangsaan Indonesia.

Selain sejarah melibatkan bola sepak, GBK nampaknya bakal mencatatkan satu lagi sejarah iaitu pernikahan Atta Halilintar, YouTuber nombor satu di Indonesia.

Atta yang kini mempunyai 24.9 juta subscriber di akaun YouTubenya sebelum ini menyatakan hasrat untuk bernikah di stadium itu.

Pernikahan dengan anak perempuan kepada Krisdayanti iaitu Aurel Hermansyah itu nampaknya sudah dirancang Atta sebelum ini namun belum ada sebarang panggilan dibuat.

Pengurus Komunikasi Korporat GBK, Dyah Kumala Sari berkata, belum ada pihak daripada Atta menghubungi mereka berkenaan hal perkahwinan di stadium.

BACA> Depan cakap lain, belakang cakap lain – Shuib

“Kita tidak ada masalah untuk mereka bernikah di GBK. Setakat ini kita boleh benarkan,” kata Dyah seperti dilaporkan Insertlive.

Menurut Dyah, Atta bagaimanapun perlu mengikut segala prosedur yang telah ditetapkan untuk permohonan menyewa stadium.

Jumlah bayaran yang dikenakannya juga jelas Dyah adalah sama dengan kadar sewaan melibatkan aktiviti sukan di stadium.

“Ada beberapa lokasi yang boleh disewa di GBK dan itu terpulang kepadanya untuk menyewa yang mana satu.

“Tetapi setakat ini belum ada yang menghubungi kami untuk menempah lokasi perkahwinan,” jelasnya.

BACA> Miera Leyana kini bergelar isteri ahli perniagaan

Kisah hubungan cinta Atta dan Aurel sememangnya menjadi perhatian di Indonesia selepas lelaki itu secara rasmi melamar penyanyi itu awal Julai lalu. -SM

(Visited 213 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button