Nasional

Mayat tergantung di hadapan Pusat Khidmat Masyarakat

MAYAT seorang lelaki ditemukan tergantung di hadapan Pusat Khidmat Masyarakat Daerah Hulu Selangor, Batang Kali, .

Mangsa berusia 41 tahun ditemukan dalam keadaan tergantung pada bahagian siling di hadapan pintu masuk pusat khidmat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin dalam satu kenyataan berkata, mayat tersebut ditemukan oleh orang awam pada pukul 7.30 pagi ini.

“Pihak polis menuju ke lokasi kejadian sebaik menerima makluman dan kes kematian itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut setelah tiada sebarang unsur jenayah ditemui.

“Pegawai Perubatan dari Klinik Kesihatan Ulu Yam Bharu, turut hadir mengesahkan kematian dan mayatnya dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk siasatan lanjut,” katanya.


Menurut Arsad berkata, berdasarkan siasatan awal lelaki itu mempunyai rekod jenayah lampau kes jenayah dan dadah.

“Bedah siasat terhadap mangsa akan dibuat selepas keputusan saringan COVID-19 diperoleh dan pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan,” katanya.

(Visited 252 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button