fbpx
Nasional

Tiada caj hotel di Pulau Pinang sehingga akhir tahun

KERAJAAN Pulau Pinang mengetepikan caj hotel berkuat kuasa 1 Julai hingga 31 Disember, selaras dengan kebenaran merentas negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan negeri Yeoh Soon Hin berkata ia adalah usaha kerajaan negeri.

Inisiatif tersebut bertujuan merangsang semula pelancongan dan menyokong industri dalam fasa pemulihan.

BACA > Ramai mangsa banjir Johor dibenar pulang — Suara Merdeka

Ia dilihat seiring dengan usaha yang dibuat untuk mengekalkan pelbagai sektor dan kumpulan yang terkesan dalam industri.

“Selain pengecualian caj pelancongan di peringkat Persekutuan, sokongan ini akan dapat memacu minat ke arah mengaktifkan semula pelancongan.

“Selain itu, menyokong usaha pemulihan pelancongan untuk bulan-bulan mendatang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pengecualian enam bulan itu adalah sebahagian daripada pelan pemulihan pelancongan untuk secara berterusan menarik kedatangan pelancong domestik sepanjang bulan akan datang sehingga akhir tahun.

Yeoh juga berkata pelan pemulihan itu turut disertakan dengan pelbagai usaha promosi dan program insentif pelancongan, yang akan diperkenalkan secara berperingkat.

“Ini adalah sejajar dengan wawasan kerajaan negeri iaitu kami menggalakkan pelancongan yang bertanggungjawab.

BACA > Thailand bakal lanjut perintah darurat — Suara Merdeka

“Dalam masa sama menjadikan negeri dan negara kita sebuah tempat yang lebih selamat untuk masyarakat dan pelawat,” katanya. – BERNAMA

Show More

Related Articles

Back to top button