Berita

Cacat penglihatan buktikan boleh berjaya di mata masyarakat

Walaupun cacat penglihatan bagi golongan orang kurang upaya bukan satu penghalang untuk mereka tidak terbang tinggi sebaliknya banyak kisah kejayaan yang pernah dikecapi oleh golongan ini walaupun mata tidak kelihatan.

Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOM) memainkan peranan yang peting untuk mengadakan makan malam amal sempena meraikan dan menghargai usaha golongan ini pada 22 Februari 2023.

Dalam majlis tersebut sebanyak 7 kategori telah disampaikan kepada penerima anugerah yang terdiri dalam kalangan OKU penglihatan.
Antara penerima anugerah adalah kumpulan Caliph Busker bagi ketogeri Pencapaian Anak seni Cemerlang siapa sangka dari penyanyi jalanan di Kuala Lumpur kini menjadi selebriti terkenal.

Tidak lupa juga pada Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2021 yang dianugerahkan kepada Che Ku Nur Ain daripada Terengganu. Merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas Setapak yang mendapat 10A walaupun hilang 70% penglihatan beberapa bulan sebelum menduduki peperiksaan.

Seterusnya Anugerah Pelajar Cemerlang STPM 2021dianugerahkan kepada Niki Amirul bin Zimi. Pelajar di SMK Tengku Panglima Raja, Pasir Mas Kelantan ini memperoleh 5A dalam STPM 2021 dengan PNGK 3.92.

Anugerah seterusnya adalah Anugerah Atlet Cemerlang 2022 yang diberikan kepada Mohd Saifuddin bin Ishak. Merupakan atlet lompat jauh paralimpik Malaysia dan pencapaian terbaik beliau di peringkat antarabangsa pada Sukan ParaASEAN ke-11 yang berlangsung di Surakarta, Indonesia pada tahun 2022 yang memperoleh pingat Emas.

Lain-lain anugerah ialah Anugerah Sukarelawati Terbilang 2023, Anugerah Sukarelawan Terbilang 2023 dan Anugerah Khas Jasamu Dikenang Kategori Sukan OKU Penglihatan diberikan kepada para sukarelawan yang bertungkus-lumus membantu pembangunan PKU Penglihatan dan aktiviti yang dianjurkan PPOBM.

Penyampaian kesemua anugerah ini secara tidak langsung Ia juga memberikan inspirasi kepada golongan muda OKU Penglihatan agar mecipta sendiri peluang kejayaan.

PPOBM turut melancarkan kempen untuk mengumpulkan dana bagi membina Rumah Penerbitan Braille yang dianggarkan menelan belanja lebih daripada RM1 juta. Orang ramai, individu atau pihak korporat yang berminat boleh terus ke link https://Launchgood.com/ppobm dan setiap sumbangan akan diberikan resit pengecualian cukai.

(Visited 162 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button