Nasional

Loke bersemuka Azam Baki minggu depan

MENTERI Pengangkutan Loke Siew Fook dijangka bertemu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki pada Selasa depan untuk membincangkan isu laporan salah laku petugas jabatan di bawah kementerian itu.

AZAM BAKI

Loke berkata, beliau telah menerima laporan dalaman mengenai kes-kes itu yang telah diselesaikan, bagaimanapun beliau mengakui terdapat kes tertunggak.

“Saya akan berjumpa dengannya (Azam) mengenai isu yang beliau ingin bangkitkan dan saya menghargai jika beliau boleh memberikan maklumat lanjut,” katanya di luar acara Persidangan Undang-undang dan Perniagaan Maritim 2023 hari ini seperti dilaporkan Bernama.

Semasa ditanya mengenai kes-kes berkenaan, Loke berkata, kebanyakan kes melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan dan ada kes telah diselesaikan menerusi tindakan tatatertib dan sebagainya.

Loke berkata, beliau akan mendapatkan pandangan Azam mengenai isu salah laku di pejabat menteri dan bagaimana untuk mengurangkan risiko terdedah kepada isu-isu yang melibatkan integriti. – SM

(Visited 88 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button