Nasional

319 murid Orang Asli terima manfaat empowerNCER Akademik @Perak

PROGRAM empowerNCER Akademik @Perak bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), merupakan satu inisiatif yang dijalankan bagi membantu pelajar Orang Asli dalam persediaan kelengkapan sekolah.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UPSI, Profesor Madya Dr Norkhalid Salimin berkata penyerahan itu berikutan kebanyakan mereka tidak mampu untuk membeli kelengkapan sendiri, malah segelintir mereka ada yang memakai kasut yang sudah lusuh dan tidak bersusaian dengan saiz kaki mereka sendiri.

Dr Norkhalid menyantuni anak-anak murid orang Asli di Sekolah Menengah Kebangsaan Chenderiang.

Menerusi program itu, seramai 319 murid orang Asli di tiga buah sekolah sekitar Batang Padang, Kuala Kangsar dan Hulu Perak menerima barangan kelengkapan sekolah.

Selain itu ikut menerima murid orang Asli dari Sekolah Kebangsaan Batu 14, Sekolah Kebangsaan Batu 7, Sekolah Kebangsaan  Sri Kinjang, Sekolah Kebangsaan  Pos Legap, Sekolah Kebangsaan Pos Perwor serta Sekolah Kebangsaan  RPS Kemar, Gerik.

Untuk penyerahan pertama, seramai 13 murid Sekolah Menengah Kebangsaan Chenderiang  menerima barang kelengkapan yang disampaikan oleh Norkhalid Salimin dan Penolong Pengurus Besar, Bahagian Modal Insan , Northern Corridor Implementation Authority (NCIA), Roszaidah Husman bermula 11 April sehingga  14 April ini.

Dr Norkhalid ( kanan) bersama Ahmad Masri (Kiri) dan Roszaida melayan murid anak orang Asli Yang menerima bantuan set kelengkapan sekolah di SMK Chenderiang.

“Sehubungan itu, kami berkobar-kobar untuk membantu murid orang Asli ini agar mereka dapat menjalani persekolahan anak-anak yang lain juga,” katanya pada majlis penyerahan pagi ini.

Norkhalid berkata kelengkapan sekolah yang diserahkan kepada setiap murid di  Sekolah Menengah Kebangsaan Chenderiang  pagi ini  membabitkan satu set lengkap yang terdiri daripada beg sekolah, baju sekolah, seluar sekolah, tudung, kelengkapan menulis dan kasut sekolah.

Tambahnya, selepas serahan di SMK Chenderiang yang terletak kira-kira 80 kilometer dari UPSI di Tanjung Malim mereka akan bergerak ke sekolah-sekolah lain membabit masa seminggu  mengagihkan kelengkapan kepada murid yang sangat memerlukan.

Hadir sama Pengetua SMK Chenderiang, Ahmad Masri Abd Rasid serta Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UPSI, Profesor Madya Dr Mohd Izwan Shahril. – SM

(Visited 630 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button