Ekonomi

Ringgit dibuka rendah berbanding Dolar AS

RINGGIT dibuka rendah sedikit berbanding Dolar AS pada pagi Isnin (11 April) berikutan permintaan terhadap mata wang tempatan menjadi sederhana berikutan Dolar AS yang lebih kukuh, kata seorang pakar ekonomi.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.2255/2300 berbanding dolar AS daripada 4.2195/2230 pada 6 petang Jumaat lepas.

Ketua ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Ringgit akan berlegar sekitar paras 4.22 berbanding Dolar AS minggu ini dengan peserta pasaran berkemungkinan memberi perhatian yang teliti terhadap inflasi AS.

Beliau juga berkata minit Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (Fed) pada 15-16 Mac, yang menunjukkan bahawa penggubal dasar AS kekal konsisten dalam pendirian mengetatkan monetari mereka, sudah tentu akan membantu meningkatkan nilai dolar AS.

“Ringgit dijangka kekal dalam julat yang sama berikutan Dolar AS berkemungkinan meningkat berikutan data ekonomi yang bertambah baik selari dengan pendirian Rizab Persekutuan yang cenderung untuk menaikan kadar faedah,” katanya.


Mohd Afzanizam berkata minggu ini akan menjadi minggu yang sibuk kerana beberapa siri mesyuarat untuk bank pusat seperti Bank of Canada, European Central Bank dan Bank of Korea yang akan memutuskan dasar monetari mereka.

Selain itu Indeks Harga Pengguna (CPI) AS, yang dijangka meningkat sebanyak 8.3% berdasarkan anggaran konsensus.

Sementara itu, Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama. Ia meningkat berbanding Yen Jepun kepada 3.3913/3951 daripada 3.4004/4034 pada Jumaat lalu dan mengukuh berbanding Pound Britain kepada 5.5024/5083 daripada 5.5026/5072.

Unit tempatan itu, bagaimanapun, susut berbanding Dolar Singapura kepada 3.0970/1007 daripada 3.0953/0981 Jumaat lalu dan lemah berbanding Euro kepada 4.6011/6060 daripada 4.5858/5896. – SM

(Visited 32 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button