Sukan

Tang Jie-Ee Wei catat kemenangan sensasi mara ke separuh akhir Terbuka China

BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mencipta sensasi tersendiri apabila mara ke separuh akhir kejohanan badminton Terbuka China.
Kejayaan dalam kejohanan Jelajah Dunia bertaraf Super 1000 sejak bergandingan awal Disember tahun lalu. itu diraih setelah mereka yang menghuni ranking ke-11 dunia mengalahkan Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin dari Taiwan pada aksi suku akhir Terbuka China di Changzhou.
Tang Jie-Ee Wei dipaksa bekerja keras sebelum menang 21-15, 13-21, 21-16 ke atas gandingan di ranking ke-15 dunia dalam aksi yang berlangsung di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik.
Keputusan tersebut menjadikan Tang Jie-Ee Wei meneruskan momentum cemerlang meraih empat kemenangan berturut-turut ke atas Hong Wei-Chia Hsin dalam saingan di peringkat antarabangsa.
Pencapaian terbaik Tang Jie-Ee Wei dalam kejohanan bertaraf Super 1000 sebelum ini adalah mara ke suku akhir Terbuka Malaysia, Januari lalu.
(Visited 162 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button