Nasional

KSM belum terima cadangan benar etnik Rohingya bekerja daripada MEF

Kementerian Sumber Manusia (KSM) masih belum menerima sebarang aduan secara rasmi berkaitan cadangan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) meminta kerajaan membenarkan golongan
etnik Rohingya mengisi kekurangan pekerja di negara ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Awang Hashim berkata, KSM belum membuat sebarang perbincangan berhubung cadangan daripada MEF itu kerana belum ada sebarang aduan rasmi diterima setakat ini.

“Kita tunggu dulu aduan daripada MEF secara rasmi di peringkat kementerian kita belum ada berbincang mengenai perkara kerana belum menerima sebarang aduan.

“Mungkin perbincangan di luar sana mungkin belum sampai kepada pihak kementerian secara rasmi. Kita tidak tahu menahu mengenai perkara ini dan kita tak tahu nak letak mereka (Rohingya) di sektor mana yang diminta.

“Ini sebenarnya melibatkan banyak pihak seperti Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), Jabatan Imigresen serta beberapa akta yang tidak dihuraikan. Biar kita tunggu aduan secara rasmi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Melaka dan peralatan pemulihan kepada Mohd. Zulkifli Omar, 59, di Taman Kelamak Jaya, Alor Gajah, Melaka di sini hari ini yang turut hadir Pengarah Perkeso negeri, Abd. Razak Omar.

Awang diminta mengulas mengenai cadarangan Presiden MEF, Datuk Dr. Syed Hussain Syed Husman mengenai isu kekurangan pekerja yang dianggap semakin menekan golongan majikan di negara ini mewajarkan kerajaan mempertimbangkan untuk membenarkan etnik Rohingya bekerja bagi mengisi jurang berkenaan

Beliau berkata situasi mendesak ketika ini disifatkan sebagai masa sesuai untuk memberi kebenaran kepada pelarian Rohingya yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) termasuk pemegang kad UNCHR yang sah, diambil bekerja.

Awang juga turut menyampaikan Faedah Pencen Ilat berjumlah RM891.67 dan Faedah Elaun Layan Sentiasa (ELS) berjumlah RM500 kepada Mohd. Zulkifi dan isterinya dan keseluruhan menerima RM1,391.67 setiap bulan.

Katanya, penerima itu layak menerima peralatan pemulihan daripada PERKESO iaitu lampin pakai buang, susu dan ripple mattress. – SM

(Visited 136 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button