Nasional

MARA taja 1,500 pelajar ke luar negara tahun ini

MAJLIS Amanah Rakyat, MARA meneruskan program penghantaran pelajar tajaannya ke luar negara seramai 1,500 orang tahun ini membabitkan beberapa bidang tertentu.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata MARA meneruskan usaha untuk memberi tajaan dan biasiswa serta pinjaman kepada anak melayu dan bumiputera untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Jelasnya, program tajaan, biasiswa dan pinjaman MARA yang sudah berusia 50 tahun, tidak mempunyai sebarang masalah berkaitan penghantaran pelajar ke luar negara walaupun ketika dunia berdepan pandemik Covid-19 dua tahun lalu kerana kelas pengajian dilaksanakan secara atas talian.

“Sekarang tidak ada masalah, dahulu pun tidak ada masalah sebab dia belajar melalui online, cuma kos kita rendah kerana dia tidak pergi lagi ke universiti itu tetapi dia belajar secara online,” katanya ketika ditemui selepas Program Ceria Ke Sekolah dan Majlis Perasmian Projek Baiti Jannati TNB di Kolej MARA di sini petang semalam.

Turut hadir, Pemangku Pengurus Besar State Stakeholder Utara, Johari Lamsi.

Mengenai pembayaran balik wang tajaan kepada pelajar, MARA juga tidak mempunyai sebarang masalah serta tidak menetapkan pelajar bawah tajaannya perlu berkhidmat dengan agensi berkenaan sebaliknya bebas memilih kerjaya di mana-mana syarikat atau agensi.

Datuk Seri Mahdzir Khalid menyampaikan bantuan kepada pelajar Tingkatan Enam daripada tiga buah sekolah di daerah Padang Terap.

Ketika ini, sejumlah 3,391 orang pelajar tajaan MARA sedang melanjutkan pengajian di 24 buah negara di seluruh dunia.

Daripada jumlah itu, 1,422 orang pelajar berada di United Kingdom.

Dalam pada itu, Mahdzir turut menyampaikan bantuan Program Ceria Ke Sekolah TNB kepada 257 pelajar Tingkatan Enam daripada tiga buah sekolah di daerah Padang Terap, pada majlis berkenaan.

Manakala dua buah keluarga miskin dari Kampung Kuala Tekai, Pedu, menerima kunci rumah kediaman di bawah Projek Baiti Jannati TNB. – SM

(Visited 287 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button