Nasional

Tadbir urus baik paling utama dalam tangani penyelewengan, kebocoran kata Perdana Menteri

PERDANA Menteri berkata, pencukaian bukanlah perkara yang paling utama untuk menangani penyelewengan dan kebocoran dana Kerajaan.
Tetapi Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, yang paling penting ialah tadbir urus yang baik.
Katanya, pencukaian adalah elemen kedua dalam mana-mana polisi ekonomi awam yang munasabah.
“Pertamanya, kita perlu memberi tumpuan kepada urus tadbir, dan pastikan tiada lagi kebocoran yang tidak perlu atau penyelewengan. Jika kita boleh betulkan perkara ini, barulah kita boleh memberikan tumpuan pula kepada pencukaian.
“Harus diingat, pencukaian adalah sesuatu yang penting jika ia benar-benar kritikal. Jangan sesekali lupa bahawa negara ini mempunyai dua masalah yang terbesar, iaitu urus tadbir, dan keduanya penyelewengan yang sudah menjadi sistemik,” katanya lagi.
Perdana Menteri berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Majlis Simposium bertemakan “The Path Towards Greater Prosperity for Malaysia” di Pusat Konvensyen Antarabanga Putrajaya (PICC), pada Rabu. – SM
(Visited 73 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button