Nasional

700 TABIKA KEMAS bakal laksana digitalisasi pendidikan awal kanak-kanak

JABATAN Kemajuan Masyarakat, KEMAS akan melaksanakan Pelan Transformasi Digital Pendidikan Awal Kanak-kanak di 700 buah premis TABIKA tahun ini. Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, pelaksanaan pelan itu membabitkan penyediaan capaian jaringan internet yang lebih baik.

Produk pendidikan awal pilihan SMxShopee > MommyHana My First Book

KPLB akan bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia supaya kita dapat tingkatkan internet di kawasan sekolah KEMAS di kampung-kampung. Sekiranya kita tingkatkan keupayaan capaian internet di sekolah KEMAS, kita boleh sediakan peralatan digital seperti peranti internet dan laptop kepada sekolah-sekolah ini.”

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid di Majlis Ramah Mesra Bersama Kakitangan KEMAS Negeri Pulau Pinang.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Kakitangan KEMAS Negeri Pulau Pinang di sini hari ini. Turut hadir, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Mohamad Yasid Bidin.

Baca artikel ini > KEMAS masih meneruskan agenda pembasmian buta huruf di luar bandar

Jelas Mahdzir, 700 buah premis Tabika itu adalah fasa pertama KEMAS melaksanakan pelan transformasi digitalnya. “Apabila keperluan ini dapat disediakan nanti, proses mendidik anak-anak di Tabika KEMAS bagi mengenal dunia digital dapat dilakukan dari awal perkembangan pendidikan mereka. Ini suatu perkara yang amat baik untuk anak-anak di sekolah KEMAS kerana pengetahuan mereka terhadap dunia digital dapat ditingkatkan.”

Antara Kakitangan KEMAS Pulau Pinang yang hadir dalam majlis tersebut.

Pelan Transformasi Digital Pendidikan Awal Kanak-kanak Tabika KEMAS yang bermula  tahun ini membabitkan 11 ribu buah Tabika. Ia akan memberi manfaat kepada hampir 200 ribu kanak-kanak Tadika KEMAS di seluruh negara.

“Ini adalah usaha KEMAS untuk mendigitalisasikan sekolah di bawah KEMAS dan ia juga adalah untuk meningkatkan kualiti pendidikan awal kanak-kanak”, kata Mahdzir. – SM

Baca artikel ini > Pusat Latihan KEMAS Kepala Batas kembali beroperasi

(Visited 467 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button