Nasional

8.1 juta rakyat telah mendapat vaksin dos pertama

SEJUMLAH 8.104 juta rakyat Malaysia telah mendapat suntikan vaksin Covid-19 dos pertama sehingga semalam.

Jumlah tersebut merangkumi 24 peratus populasi yang mendaftar menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Statistik Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-​19 (JKJAV) juga menunjukkan bahawa 3.684 juta atau 11.3 peratus populasi telah lengkap disuntik kedua-dua dos.

Sarawak merupakan wilayah tertinggi peratusan penduduk menerima dos pertama iatu 50.2 peratus atau 1.413 juta orang dengan 21.6 peratus atau 609,248 telah lengkap mendapatkan kedua-dua dos.

Diikuti Labuan iaitu 39.8 peratus (39,605) penduduk telah disuntik dos pertama dan 30.09 peratus (30,735) dos kedua.

Lembah Kelang meliputi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan 36.5 peratus (3.076 juta) penduduk telah menerima dos pertama dan 11.1 peratus (934,312) menerima kedua-dua dos.

Sabah masih lagi menjadi negeri terendah peratusan penduduk menerima vaksin iaitu 10.6 peratus (415,813) dos pertama dan 8.0 peratus (314,326) dos kedua.

Sementara itu, seramai 18,015,930 populasi dewasa sudah mendaftar bagi mendapatkan vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat kelmarin.

Jumlah itu bersamaan 72.7 peratus individu berusia 18 tahun ke atas yang sudah mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera.

Berdasarkan statistik Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-​19 (JKJAV), Selangor merekodkan jumlah individu paling ramai yang mendaftar bagi mendapatkan bekalan vaksin iaitu seramai 4,351,483 orang.

Johor menjadi negeri kedua tertinggi dari segi jumlah pendaftaran vaksin iaitu seramai 2,253,169 orang diikuti Sarawak (1,710,005), Kuala Lumpur (1,645,976) dan Perak (1,293,527).-SM

(Visited 140 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button