Uncategorized

Malaysia hampir capai imuniti kelompok, 78.2% dewasa lengkap divaksin

MALAYSIA hampir mencapai imuniti kelompok apabila 78.2 peratus daripada populasi dewasa di seluruh negara telah lengkap menerima kedua-dua dos vaksin Covid-19.

Sebelum ini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, imuniti kelompok akan dicapai selepas 80 peratus komuniti dewasa disuntik dengan kedua-dua dos vaksin.

Sementara itu angka yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan (JKJAV) memamparkan beberapa negeri telah mencapai komuniti berkelompok selepas 80 peratus penduduk dewasa menerima kedua-dua dos.

Tertinggi Lembah Kelang yang meliputi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (106.1 peratus), Labuan (97.8 peratus), Negeri Sembilan (93.1 peratus), Sarawak (89.2 peratus) dan Perlis (38.2) peratus.

Sehingga semalam sejumlah 40.155 juta dos vaksin telah diberikan kepada rakyat Malaysia.

Sebanyak 21.938 juta orang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksi dan daripada jumlah itu 18.295 juta orang telah lengkap menerima kedua-dua dos vaksin.’

Menurut JKJAV sejumlah 67.2 peratus keseluruhan rakyat Malaysia telah menerima dos pertama dan daripada jumlah itu 56 peratus lengkap menerima kedua-dua dos.-SM

(Visited 79 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button