Uncategorized

Angka korban kezaliman Israel di Palestin hampir 200 orang

ANGKA korban berikutan pengeboman tanpa henti rejim haram Israel di kawasan diduduki penduduk Palestin menghampiri angka 200 orang.

Sekurang-kurangnya 192 orang, termasuk 58 kanak-kanak dan 34 wanita, telah terbunuh di sejak keganasan bermula Isnin lalu.

Pengeboman Israel di Gaza yang memasuki hari ketujuh berturut-turut dengan serangan udara pada awal hari Ahad yang membunuh sekurang-kurangnya 42 orang Palestin, mencederakan puluhan lagi, dan memusnahkan sekurang-kurangnya dua bangunan kediaman.

Rumah ketua Hamas di Gaza, Yehya al-Sinwar, juga menjadi sasaran.

Jet tempur Israel melakukan sekurang-kurangnya 55 serangan udara di Gaza pada awal hari ini.

Sasaran tersebut merangkumi beberapa pangkalan tentera dan keselamatan di wilayah Palestin, serta beberapa tanah kosong di timur Kota Gaza.

Sebuah bangunan empat tingkat juga dibom di pusat Kota Gaza.

“Api semakin marak di pangkalan tentera, pangkalan keselamatan, kem latihan yang kosong dan dievakuasi milik kumpulan pejuang Palestin,” menurut media asing.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu semalam berkata, penghentian serangan selama tujuh hari terhadap pejuang Palestin tidak akan berlaku, walaupun terdapat langkah diplomatik untuk memulihkan ketenangan.

(Visited 395 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button