NasionalUncategorized

Lebih 50% populasi Sarawak, Labuan telah divaksin dos pertama

Lebih 50 peratus populasi di Labuan dan Sarawak telah menerima dos pertama vaksin Covid-19.

Jawatankuasa Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) memaklumkan 58.9 peratus (58,649) penduduk Labuan telah menerima dos pertama dan 39.6% (39,453) telah menerima dos kedua.

Manakala Sarawak pula merekodkan 54.1 peratus (1.522 juta) penduduk di negeri itu telah disuntik dengan dos pertama dan 29.1 peratus (818,398) lengkap menerima kedua-dua dos.

Sehingga kini sejumlah 13.621 juta dos vaksin telah diberikan kepada rakyat dengan 28.5 peratus (9.317 juta) menerima dos pertama dan 13.2 peratus (4.304 juta) talh disuntik dengan kedua-dua dos.

Lembah Kelang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya merekodkan 43.1 peratus (3.633 juta) telah disuntik dengan dos pertama dan 13.4 peratus (1.132 juta) menerima kedua-dua dos.

Semalam 406,763 dos vaksin diberikan melibatkan 276,905 dos pertama dan 129,858 dos kedua.

Selangor masih negeri tertinggi memberikan vaksin kepada penduduk iaitu 85,858 dos pertama dan 27,553 dos kedua.

Diikuti Kuala Lumpur yang memberi 52,512 dos vaksin pertama dan 16,377 dos kedua. Sarawak ketiga tertinggi dengan 22,163 dos pertama dan 46,266 dos kedua.-SM

 

(Visited 115 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button