fbpx
Nasional

Pemandu disyaki mabuk sampai tak sedar langgar kereta polis

Oleh BERNAMA
Seorang pemandu yang disyaki mabuk melanggar sebuah kereta peronda polis di Lebuhraya Persekutuan menghala Kuala Lumpur, di sini, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata, pihaknya menerima maklumat awal mengenai satu kemalangan jalan raya pada pukul 4.02 pagi melibatkan sebuah kereta berada di tengah jalan dalam keadaan rosak teruk dan tidak boleh bergerak.

[BACA ARTIKEL] Pemandu mabuk sebabkan kematian bakal dipenjara 20 tahun – Guan Eng

[BACA ARTIKEL] Pemandu mabuk: Perlu gubal undang-undang?

“Anggota berpangkat koperal yang bertugas meletakkan kereta peronda polis dipandunya di belakang kenderaan kemalangan (tengah jalan) itu dan memasang lampu biru serta lampu kecemasan selain membantu kawalan lalu lintas.

“Bagaimanapun, sebuah kereta jenis Nissan tiba-tiba datang dari arah belakang lalu merempuh kereta peronda polis berkenaan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.


[BACA ARTIKEL] Pemandu mabuk: Hanya persepsi netizen?

[BACA ARTIKEL] Pemandu mabuk: Kementerian Pengangkutan mahu kaji sampai bila?

Mohd Zani berkata pemandu kereta Nissan itu dipercayai berada dalam keadaan mabuk dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk siasatan lanjut. Beliau berkata tiada kecederaan dilaporkan.

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button