BeritaEkonomi

Kerajaan tambah hutang RM3.5 bilion

KERAJAAN dilaporkan membuat tambahan pinjaman bernilai RM3.5 bilion hari ini.

Bagaiamanapun tindakan tersebut dipertikai bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan kerajaan sebagai menuju ke arah hutang RM1 trilion.

Menurut Najib, kerajaan disifatkan lemah apabila Menteri Kewangannya, Lim Guan Eng yang baharu dua tahun menjawat jawatan itu sudah menunjukkan kelemahan.

“Apa ini? Baru masuk hari kerja kedua tahun baru, Guan Eng sudah sambungkan hasrat PH untuk menaikkan hutang negara?

“Pinjam lagi RM3.5 bilion, bayar balik tahun 2027. Ke arah hutang negara benar-benar RM1 trilion!” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu posting yang dimuat naik dalam Facebooknya hari ini.

Bank Negara menerusi laporannya dalam Bond Info Hub menyatakan, kerajaan mengisukan pinjaman berkenaan bermula 8 Januari dan akan matang pada 31 Mei 2027.

Sementara laporan COMMODITY.COM, hutang negara kini mencecah RM752 bilion sejak hari ini dan dijangka terus meningkat. – SM

(Visited 259 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button