MahkamahNasional

Semua saluran rayuan Najib Razak dah guna…

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah menggunakan semua saluran dalam usahanya membuat rayuan terhadap kes rasuah SRC International, kata Pendakwa Raya Ad-Hoc, V Sithambaram.

Pada sidang media, FMT melaporkan, Sithambaram berkata, beliau berharap keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan Najib untuk menyemak sabitan dan hukuman dalam kes SRC akan membawa penutupan kepada kes itu.

Pendakwa Raya Ad-Hoc, V Sithambaram

“Keputusan Mahkamah Persekutuan juga merupakan satu pewajaran bahawa pertuduhan terhadap Najib adalah sah dari segi undang-undang dan bukan pertuduhan politik.

“Kepada ahli politik dan pesalah lain yang berkemungkinan, pendakwaan ini menunjukkan bahawa tiada siapa di negara ini berada di atas undang-undang.

“Pendakwaan yang berjaya ini mesti memberi mesej kepada semua, yang mereka tidak boleh terlepas daripada undang-undang,” katanya.

Beliau turut menggesa semua pihak menerima keputusan majoriti Mahkamah tertinggi.

Terdahulu, Hakim Vernon Ong, Hakim Rhodzariah Bujang, Hakim Datuk Nordin Hassan dan Hakim Abu Bakar Jais menolak permohonan bekas perdana menteri itu.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli yang mempengerusikan panel mendengar permohonan itu adalah satu-satunya Hakim yang tidak bersetuju.

Susulan keputusan itu, Najib yang juga bekas Ahli Parlimen Pekan, Pahang itu akan terus menjalani baki tempoh penjara 12 tahun yang diputuskan terhadap beliau melainkan mendapat pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong.

Untuk rekod, pada 28 Julai 2020 lalu, Najib disabitkan oleh Hakim Nazlan Ghazali yang ketika itu adalah Hakim Mahkamah Tinggi atas kesalahan salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah (CBT) ke atas dana SRC berjumlah RM42 juta.

Beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda, RM210 juta.

Rayuan Najib kepada Mahkamah Rayuan ditolak pada 8 Disember 2021.

Najib memulakan hukuman penjara 12 tahun pada 23 Ogos 2022 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman asal. – SM

BACA Najib tiba di Mahkamah Persekutuan untuk mohon semak semula sabitan kes SRC

BACA Najib kemuka permohonan semakan sabitan, hukuman kes SRC esok

 

(Visited 283 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button