Nasionalpilihan

Tidak sampai dua minggu raih pendapatan lebih RM30,000

Bazar Fiesta Aidilfitri Pantai Klebang 2023

SIAPA kata berniaga di Bazar Fiesta Aidilfitri Pantai Klebang 2023 tidak menguntungkan! Dakwaan itu dianggap sangat keterlaluan.

Bagi sebuah gerai yang menjual pelbagai jenis pakaian wanita terutama baju kurung dan baju kebaya iaitu Mutiara Ekslusif dari Tangkak, Johor mampu meraih pendapatan mencecah RM30,000.

Pendapatan itu diraih tidak sampai dua minggu mereka memulakan perniagaan di tapak Bazar Fiesta Aidilfitri Pantai Klebang 2023 dekat sini.

Mimi Aliah Mohd. Rasib (kanan) memberikan cenderahati kepada seorang pelanggan yang membeli-belah di gerainya di Bazar Fiesta Aidilfitri Pantai Klebang 2023.

Pemiliknya, Mimi Aliah Mohd. Rasib berkata, sambutan daripada pengunjung sepanjang tempoh dua minggu berniaga di bazar ini sangat mengujakan.

Menurutnya, pengunjung sangat teruja dengan pelbagai jenis pakaian wanita yang dijualnya bukan sahaja berkualiti kerana menepati citarasa terkini.

“Pakaian yang kami jual adalah limited edition sangat berkualiti dan reka bentuk termoden memenuhi citarasa wanita muda dan peringkat umur pertengahan.

“Pakaian yang kami tampilkan adalah dijahit oleh tukang jahit yang cukup berpengalaman dan mengutamakan kualiti selain cantik dipakai dengan corak yang termoden ditampilkan,” ujarnya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Mimi Aliah berkata, saban hari gerainya menjadi tumpuan kaum wanita tanpa mengira usia yang sangat teruja dengan corak dan pilihan warna bagi pelbagai jenis baju kurung dan baju kebaya yang ditampilkan.

Menurutnya, harga yang ditawarkan serendah RM99 sehingga mencecah RM270 sepasang jelas memenuhi cita rasa mereka yang berkunjung di gerai tersebut.

“Kalau ada pelanggan yang beli baju kami lebih daripada satu, potongan harga sebanyak 10 peratus akan ditawarkan bergantung kepada harga baju itu.

“Jika membeli pakaian melebihi daripada harga RM99 mungkin kami bersedia menawarkan potongan lebih daripada 10 peratus,” katanya.

Menjelang beberapa hari lagi sebelum umat Islam akan menyambut Aidilfitri dia berkata, orang ramai dijangka ramai pada cuti hujung minggu bagi mendapatkan pakaian tersebut.

Katanya, kebanyakan pelanggan yang datang berpuas hati dengan layanan yang diberikan dari kakitangannya yang berkunjung ke gerai tersebut.

Jelasnya, dekorasi gerainya juga mencuri perhatian pelanggan untuk singgah dan melihat sendiri kualiti pelbagai baju kurung dan baju kebaya yang dipamerkan.

“Susun atur pakaian yang kemas dan cantik juga membolehkan anda yang datang boleh membuat pilihan dengan baik dan selesa. Tambahan pula, harga yang ditawarkan juga berpatutan. Bolehlah anda cuba datang ke sini,” ujarnya. – SM

Artikel berkaitan > Joviankan Rayamu tawar pelbagai tawaran istimewa

(Visited 261 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button