Analisis

Najib bakal meringkuk dalam penjara seumur hidup jika Jho Low dibawa pulang

Sebarang daya-usaha oleh pihak penguatkuasa undang-undang untuk membawa pulang penyangak Jho Low bagi dihadapkan ke muka pengadilan harus disokong oleh semua pihak.

Namun, dalam masa yang sama saya menyanggah ‘teori bodoh’ oleh Lokman Adam yang senantiasa membuat andaian mengikut versi beliau.

Budak bodoh Lokman Adam tidak pernah bercakap berteraskan fakta tetapi hanyalah melalui teori tersendiri yang tidak berasas.

Sebenarnya, budak bodoh Lokman Adam tidak tahu menahu langsung mengenai fakta sahih kes skandal 1MDB.

Dalam isu kes skandal 1MDB saya terlibat secara langsung.

Pada tahun 2015 saya telah terbang ke Singapura, Hong Kong, Switzerland, Peranchis, United Kingdom dan ditahan ketika hendak terbang ke Amerika Syarikat untuk buat laporan rasmi pada pihak FBI di New York.

Pada tahun yang sama saya juga terbang ke Ibu Pejabat Interpol yang berpengkalan di Leon, Peranchis untuk buat laporan mengenai kes skandal 1MDB.

Ketika ditahan untuk pergi ke Ibu Pejabat FBI di New York saya sempat menghantar matlumat-matlumat kes skandal 1MDB kepada pihak penguatkuasa undang-undang tersebut.

Namun, pada tahun 2018 saya sekali lagi buat penerbangan ke Ibu Pejabat Interpol di Peranchis dan Ibu Pejabat FBI di New York.

Sebarang tindakan untuk membawa pulang penyangak Jho Low bakal memberi pencerahan secara lebih terperinci kepada keseluruhan rakyat Malaysia mengenai korupsi kerajaan kleptokrasi yang dipimpin oleh UMNO pada suatu masa dahulu.

Kini, salah seorang dari tokoh pemimpin korup UMNO dilantik oleh Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri demi untuk berkuasa serta memenuhi hajatnya hendak jadi Perdana Menteri.

Bolehkah kita hendak katakan Anwar Ibrahim ini tokoh reformis?!

Dari sini semua rakyat Malaysia sudah boleh menilai siapa itu sebenarnya Anwar Ibrahim?!

Sekiranya penyangak Jho Low yang saya perangi secara bermatian dari tahun 2014 dibawa pulang akan menguatkan lagi tuduhan-tuduhan kes skandal 1MDB terhadap Najib Tun Razak yang berkemungkinan besar akan berada dalam penjara seakhir hayatnya.

Sebab itu saya sering kali menyangkal teori untuk membebaskan Najib Tun Razak melalui pengampunan DiRaja dan sebagainya.

Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi tidak akan membebaskan Najib Tun Razak demi kelangsungan survival
politik mereka.

Tidak ada siapapun di dunia ini boleh membebaskan Najib Tun Razak dalam isu kes skandal 1MDB kerana bukti puluhan bilion ringgit dana kerajaan serta duit rakyat dilesapkan amat sahih.

Lihat saja segala butiran bukti-bukti kes skandal 1MDB yang diwartakan secara amat terperinci oleh Department Of Justice (DoJ) Amerika Syarikat.

Tiada siapa di muka bumi ini boleh menyangkal lagi kesahihan kes skandal 1MDB ini kecuali budak bodoh Lokman Adam saja.

Membawa pulang penyangak Jho Low akan menyerlahkan serta mensahihkan semua bukti-bukti kes skandal 1MDB secara terperinci yang bakal mensabitkan kesalahan Najib Tun Razak secara lebih berat lagi.

Ini juga kemungkinan besar merupakan konspirasi Anwar Ibrahim serta Zahid Hamidi untuk melenyapkan terus kareer politik Najib Tun Razak.

Dalam isu kes skandal 1MDB saya bersyukur ke hadrat Allah swt kerana telah menunjukkan kebenaran akhirnya.

Inilah matlamat perjuangan saya dalam kes skandal 1MDB yang hanya mahu menegakkan undang-undang serta melawan rasuah secara habis-habisan.

Rasuah harus diperangi secara habis-habisan oleh keseluruhan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab jika tidak bangsa mahupun negara akan jatuh ranap.

Sebagai seorang mukmin saya amat gembira kerana matlamat perjuangan tercapai tetapi dalam masa yang sama saya simpati dengan nasib yang dialami oleh Najib Tun Razak kerana tidak mahu mendengar nasihat ikhlas Tun Dr Mahathir Mohamad pada waktu itu.

Kami cuba meyakinkan Najib Tun Razak di peringkat awal kes skandal 1MDB terhidu tetapi malangnya pada waktu itu beliau kuat mempertahankan penyangak Jho Low.

Pada bulan Disember 2014 ketika saya berjumpa dengan Najib Tun Razak di kediaman beliau inilah yang saya nyatakan secara terperinci kepada beliau.

Pada waktu itu saya merupakan salah seorang pemimpin akar umbi UMNO yang menjawat jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan di Pulau Pinang.

Sebagai pemimpin akar umbi UMNO saya maklumkan pada Najib Tun Razak agar merestui saya memerangi penyangak Jho Low yang secara licik menipu kerajaan dan merompak duit rakyat puluhan bilion ringgit.

Apa yang mendukacitakan saya pada waktu itu pihak kerajaan mengambil pelbagai tindakan undang-undang ke atas saya yang cuba untuk menyelamatkan hampir RM40 bilion dana kerajaan serta duit rakyat dalam isu kes skandal 1MDB.

Nawaitu saya adalah untuk menyelamatkan ekonomi negara namun pada waktu itu mantan Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Khalid Abu Bakar menyatakan saya cuba sabotaj sistem perbankan serta ekonomi negara.

Pada waktu itu juga saya telah dimufliskan kononnya, rumah dilelong serta semua perniagaan dimusnahkan.

Kesan tekanan dari pihak kerajaan kleptokrasi ke atas saya dapat dirasai sehingga hari ini.

Secara sepintas lalu saya hilang segalanya secara sekelip mata dalam perjuangan kes skandal 1MDB sehingga dipenjarakan di Penjara Sg Buloh didakwa di bawah Akta SOSMA.

Masuk keluar lokap dan penjara demi perjuangan untuk menegakkan kebenaran adalah satu perkara yang amat ‘enteng’ bagi saya.

Dalam kes untuk membawa pulang penyangak Jho Low bagi menghadapi muka pengadilan di negara kita amat saya sokongi cuma Anwar Ibrahim jangan ‘sembang kari’ cukuplah.

Anwar Ibrahim ini pun ‘kaki penipu’ juga hari ini dia cakap lain dan esok dia buat lain.

Banyak bermain politik dan berretorika politik dari melaksanakan tanggungjawab sebagai PMX.

Inilah jatidiri diri sebenar pemimpin politik jalanan ‘ala samseng’ yang tidak mempunyai sebarang ‘misi’ atau ‘visi’ untuk ‘move forward’ bagi membangunkan negara.

Hari-hari di segenap majlis kerajaan pun Anwar Ibrahim hanya mampu bercakap untuk menyerang serta memfitnah Tun Dr Mahathir Mohamad saja.

Sebenarnya, sebagai Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim harus berhenti menipu serta memfitnah orang lain atas dasar dendam lama tetapi mesti memberi fokus untuk membangunkan semula negara kita yang rosak secara berskala besar kini.

Dulu pun, tidak ada sesiapa menzalimi Anwar Ibrahim kecuali Anwar Ibrahim menganiayai dirinya sendiri atas kesalahan kes ‘meliwat’ yang memasukkan beliau ke penjara sebanyak dua kali.

Tetapi apa pun keseluruhan rakyat Malaysia harus sabar menanti perbicaraan di mahkamah kelak untuk mengetahui secara lebih mendalam siapa itu Anwar Ibrahim yang sebenarnya.

Tunggu dan lihat sajalah bila kes Tun Dr Mahathir Mohamad menyaman beliau berjalan di mahkamah kelak.

Bagi diri saya tetap melabelkan Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin ‘munafiq’ dan ‘fasiq.’

Allah swt tidak pernah memungkiri janji cuma masa ketika saja yang bakal menzahirkan kebenarannya.

PMX tetap musuh politik ‘nombor satu’ dan sesungguhnya Anwar Ibrahim tidak layak untuk jadi Perdana Menteri pada pegangan aqidah agama saya.

Ini bukan isu politik tetapi ini adalah persoalan aqidah agama Islam yang tulen berteraskan Al-Quran serta As-Sunnah.

Mana mungkin seseorang yang Nabi Muhammad saw tidak mengaku umat dilantik sebagai ‘khalifah’ bagi memimpin ummah di muka alam ini.

Sejarah hitam ini tidak mustahil boleh berulang kembali.

Allah swt Maha Mengetahui, Maha Adil dan Maha Besar.

Yang Ikhlas,
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Sekretariat Proklamasi Orang Melayu
7 Mei 2023

(Visited 866 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button