fbpx


Ekonomi

Digi teroka peluang baharu menerusi 5G, AI dan IoT

Digi.Com Bhd (Digi) akan melabur dalam penyelesaian rangkaian utama bagi menyediakan keupayaan teknologi masa depan seperti generasi kelima (5G), Kecerdasan Buatan (AI) dan Internet Pelbagai Benda (IoT), kata Pengerusi Lembaga Pengarahnya Haakon Bruaset Kjoel dalam Laporan Tahunan  2019 syarikat.

Beliau berkata syarikat itu akan melaksanakan rancangan tersebut di samping mengekalkan standard kecemerlangan rangkaian teras dan perkhidmatan IT bagi menyediakan pengalaman kesalinghubungan terbaik kepada pelanggan.

Sektor telekomunikasi akan terus berkembang pantas dengan peluang baharu yang boleh dicapai menerusi 5G, AI dan IoT, memandangkan tumpuan utama kepada ekonomi digital.

“Memanfaatkan pengalaman dan aset kami, kami terus utuh untuk merebut peluang ini dan meneruskan apa yang mampan bagi perniagaan kami.

“Justeru itu, kami akan melaksanakan strategi kami selain terus mengekalkan standard integriti yang tinggi dan kekal memberi tumpuan kepada pembangunan pekerja,” kata Haakon sambil menambah perkara ini akan diberi keutamaan utama lembaga pada 2020.


Menurutnya, pelbagai langkah telah diambil kumpulan dalam merealisasikan manfaat ketara 5G bagi Malaysia.

Berdasarkan kepada Laporan Tahunan 2019 kumpulan itu telah membuat pengagihan semula spektrumnya dan menyediakan liputan dalaman dan luaran yang lebih stabil dan menambah baik kapasiti rangkaian.

“Kami giat mengagihkan semula pelbagai portfolio spektrum kami untuk menyediakan pengalaman rangkaian 4G lebih kukuh dan konsisten bagi pelanggan kami, disokong oleh jejak rangkaian gentian diperluaskan sebanyak 9,610KM,” kata Digi. – BERNAMA

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button