Politik

UMNO mengadap Agong untuk pengampunan Najib

MESYUARAT Majlis Kerja Tertinggi (MKT) memutuskan untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Berikut kenyataan media oleh Ketua Penerangan UMNO, Ashraf Wajdi Dusuki.

KENYATAAN MEDIA

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 7 April 2023 bersamaan 16 Ramadan 1444H mengadakan mesyuarat bulanannya hari ini telah membincangkan beberapa perkara berikut:

1. Keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menyemak semula sabitan dan hukuman penjara berhubung dengan kes SRC.

2. Majlis Kerja Tertinggi mengambil maklum kedukacitaan dan keresahan yang amat sangat ahli-ahli UMNO di akar umbi terhadap keputusan yang dilihat tidak adil seiring dengan kenyataan penghakiman yang dizahirkan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Yang Amat Arif Dato’ Abdul Rahman bin Sebli yang mempengerusikan panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan yang turut menyatakan bahawa Datuk Seri Najib tidak mendapat perbicaraan yang adil dan wajar dibebas dan dilepaskan.

3. Majlis Kerja Tertinggi juga telah menerima memorandum daripada 191 Bahagian termasuk Wanita dan Sayap-Sayap Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri yang memohon agar kepimpinan tertinggi UMNO membela bekas Presiden dan Perdana Menteri yang banyak jasanya kepada rakyat dan negara.

4. Setelah diperincikan, Majlis Kerja Tertinggi merafak sembah menjunjung kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan kerendahan diri memohon ihsan Ke Bawah Duli Tuanku untuk mempertimbangkan pengampunan penuh buat Dato’ Sri Najib sebagaimana kuasa yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan.

5. Justeru Majlis Kerja Tertinggi sebulat suara bersetuju untuk memohon mengadap bagi mempersembahkan warkah rayuan kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong beserta dengan Memorandum yang ditanda-tangani oleh seluruh kepimpinan UMNO daripada 191 Bahagian termasuk Wanita dan Sayap-Sayap Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO.

6. Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada hari ini telah menetapkan tarikh Perhimpunan Agung UMNO bagi tahun 2023 akan diadakan pada 7 hingga 10 Jun 2023.

DR. ASYRAF WAJDI BIN DUSUKI

Baca: Najib akan kemuka representasi baharu gugur dakwaan seleweng RM6.6 bilion

(Visited 520 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button