Politik

Najib berhak dapat pengampunan – Annuar

Tan Sri Annuar Musa berpendapat bahawa bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhak diberi pengampunan.

Menurut Annuar, Najib telah melalui proses perundangan sepenuhnya dan kini menjalani hukuman penjara.

Justeru, ujar beliau, adalah wajar Najib diberi hak seperti rakyat yang lain untuk diberi pengampunan.

Dalam pada itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menemui sebarang bukti dakwaan kesalahan jenayah yang dilakukan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Mohd Nazlan Mohd Ghazali ketika mengendalikan kes SRC International Sdn Bhd membabitkan bekas Najib.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu diputuskan selepas SPRM menyiasat dan meneliti dakwaan itu.

“Setelah mendapat laporan, SPRM telah membuka kertas siasatan terhadap Hakim Mohd Nazlan berhubung dengan kes rasuah.

“SPRM telah meneliti kes tersebut dan mendapati tiada kesalahan jenayah dilakukan. Perkara ini telah dipersetujui Pejabat Peguam Negara,” katanya di Dewan Negara di sini, pada Isnin.

Beliau berkata demikian kepada soalan tambahan Datuk A Jesavadas mengenai status siasatan ke atas dakwaan rasuah dan percanggahan konflik membabitkan Mohd Nazalan ketika mengendalikan kes SRC International.

Menyentuh mengenai konflik kepentingan, Anwar menjelaskan, perkara tersebut telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan ketika menolak permohonan bekas Ahli Parlimen Pekan bagi mengemukakan keterangan baharu.

“Dengan kata lain, isu konflik kepentingan telah diputuskan secara muktamad oleh makamah tinggi negara.

“Pada 9 Ogos 2022, pihak defenden telah menarik balik dakwaan ke atas Mohd Nazlan. Alasan keputusan Mahkamah Persekutuan adalah relevan kerana memuktamadkan kes ini bahawa sumber wang yang diselewengkan dari SRC Internation tidak relevan bagi tujuan pembuktian pertuduhan melibatkan kesalahan jenayah, pecah amanah,” ujarnya.

Beliau menjelaskan, elemen penting untuk dibuktikan bagi pertuduhan itu adalah sama ada tertuduh mempunyai dominasi terhadap dana yang diselewengan itu atau sebaliknya.

“Jadi Mahkamah Persekutuan mendapati tiada kaitan antara pekerjaan terdahulu Hakim Mohd Nazlan di Maybank dengan pertuduhan itu. Sumber dana yang diselewengkan juga tidak relevan itu juga diakui peguam defendan.

“Jika sumber yang diselewengkan itu tidak relevan maka peranan Hakim Mohd Nazlan juga tidak relevan.

“Demikian keputusan Mahkamah Persekutuan dan kerajaan mengakui keputusan ini,” ujarnya.

Pada Julai 2020, Mohd Nazlan yang ketika itu merupakan Hakim Mahkamah Tinggi mendapati Najib bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram dana SRC dan memerintahkannya dipenjara 12 tahun serta didenda RM210 juta.

Dalam pada itu, ketika menjawab soalan asal Kesavadas mengenai sejauh mana SPRM serius untuk menyiasat segala perilaku rasuah dan salah guna kuasa yang membabitkan bekas-bekas Perdana Menteri, Anwar berkata, SPRM perlu sentiasa menjalankan tanggungjawab dan tugas secara bebas dan berkecuali termasuk membabitkan siasatan terhadap tokoh politik dan bekas pemimpin negara.

“Orang-orang yang menganggap ini siasatan bermotif politik, harus melihat kepada fakta dan bukan sentimen politik untuk kelirukan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu diputuskan selepas SPRM menyiasat dan meneliti dakwaan itu.

Mengulas lanjut Annuar berkata, Najib seorang budiman dan tidak cuba mengelak proses undang-undang sebagaimana Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bahkan Najib seorang bekas perdana menteri yang banyak jasanya.

(Visited 637 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button