Nasional

Laporan Al Jazeera: Kedaulatan negara mesti dilindungi

MALAYSIA mempunyai hak bagi mempertahankan undang-undang dan kedaulatan negara terutamanya apabila suatu laporan berita dibuat bersifat berat sebelah.

Justeru, laporan Al Jazeera ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ dipercayai berat sebelah dan menampakkan agensi berita itu mempunyai agenda tersendiri.

Malah, laporan itu juga didakwa sebaga cubaan memburukkan Malaysia di mata dunia sebagai negara yang menindas pendatang asing.

“Kenapa ketika pelaporan itu dibuat, dia nampak seolah-olah memburukkan kerajaan Malaysia. Itu kita kena jelas.

“Tetapi pelaporan ini menggunakan undang-undang antarabangsa dengan mengatakan Malaysia perlu mematuhi undang-undang antarabangsa (Human Rights Watch (HRW)).

BACA > Fuziah Ketua Wanita PKR baharu — Suara Merdeka

“Isu adalah yang dinyatakan oleh pihak Al Jazeera, tetapi Malaysia ada undang-undang kita sendiri dan sah disisi Perlembagaan Persekutuan.

“Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara yang terpakai bukan sahaja untuk penduduk tempatan tetapi juga kepada orang luar ada di Malaysia.

“Mereka (warga asing) perlu mematuhi undang-undang negara dan perintah kerajaan. Jadi, itu yang paling jelas.

AL JAZEERA
MOHD. AMIRUL AKHBAR

“Justeru beban untuk kita lihat dari segi pelaporan yang dibuat Al Jazeera itu pada pandangan kita adalah berat sebelah.

“Kerana, cara pelaporan itu dibuat seolah-olah menunjukkan Malaysia ini sebuah negara yang menindas pendatang asing tanpa izin.”

Demikian pandangan diberikan Pensyarah Kewartawanan, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohd. Amirul Akhbar Mohd. Zulkifli ketika dihubungi Suara Merdeka hari ini.

Menurutnya lagi, mana-mana agensi media yang beroperasi di negara ini perlu mematuhi undang-undang negara dan laporan dibuat haruslah memperlihatkan situasi sebenar.

BACA > Presiden FUFC meninggal dunia akibat komplikasi jantung — Suara Merdeka

Jelas Mohd. Amirul Akhbar lagi, dalam konteks laporan Al Jazeera itu, mereka sepatutnya melaporkan faktor penahanan warga asing yang dilaporkan.

Tambahnya, tidak timbul soal kebebasan akhbar kerana Malaysia tidak perlu mematuhi piawaian antarabangsa kerana negara sudahpun mempunyai Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi.

“Dalam masa yang sama mereka perlu diberitahu apabila beroperasi di negara ini, maka mereka perlu untuk mematuhi undang-undang dan juga sensitiviti negara kita.

“Contohnya cukup jelas, kalau pergi ke Amerika Syarikat (AS) sekali pun atas nama kebebasan, di sana pun tidak bebas sebenarnya.

“Walaupun mereka mengatakan cuba untuk membuat pelaporan yang seadil mungkin. Tetapi kita tahu bahawa mereka ini mempunyai agendanya tersendiri.

“Apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan serbuan dilakukan kepada pendatang asing, kita perlu memastikan (laoran) dari sudut prosedur operasi standard (SOP) pengendalian pekerja asing.

BACA > Portal muat naik hantaran berbaur hasutan, bukan Hannah Yeoh-KPN — Suara Merdeka

“Jadi, kalau mereka digari ataupun dirantai, itu adalah prosedur dari segi keselamatan.

“Itu yang kita katakan, SOP itu sesuatu yang sudah diadakan kalau kata orang tempatan pun kena gari. Kalau buat kesalahan memang kena gari.

“Cuma isunya sekarang adalah, kenapa ketika pelaporan itu dibuat, dia nampak seolah-olah memburukkan kerajaan Malaysia. Itu kita kena jelas,” tegasnya.

Dalam masa sama, beliau turut mengulas isu mengenai penangkapan terhadap pemberita dan kakitangan Al Jazeera dan menyifatkannya sebagai sesuati yang wajar.

“Hak kita, sebagai mana yang merka kata Malaysia perlu mempertahankan dan tidak hairan kepada wartawan itu hak mereka hendak bercakap.

“Tetapi hak kita sebagai negara untuk memastikan pelaporan itu betul, tidak berat sebelah dan tidak memudaratkan negara,” jelasnya.

Terdahulu, agensi berita luar negara, Al Jazeera melaporkan penahanan warga asing ketika pelaksanaan PKP dipercayai sebagai suatu bentuk tindakan penindasan.

BACA > Mahathir, Bersatu, agenda tidak mahu Anwar jadi PM — Suara Merdeka

Bagaiamanpun, laporan tersebut disangkal rakyat Malaysia sendiri kerana mendakwa agensi berita itu tidak menyedari situasi sebenar yang berlaku. – SM

(Visited 339 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button