Nasional

100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia diteruskan

PROGRAM 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang akan berakhir esok terus berjalan lancar walaupun dikecam kerana pihak penganjur dikatakan tidak menguatkuasakan prosedur operasi standard (SOP).

Jika awal pagi semalam pengunjung dilihat beratur panjang kerana mahu memeriksa dan membuat pembayaran saman trafik yang diberikan diskaun 80 peratus, pagi ini jumlah pengunjung tidaklah sesesak semalam dan kelmarin.

Mungkin kebanyakan pesalah trafik memilih untuk membuat pembayaran di kaunter trafik termasuk di Bukit Aman Kuala Lumpur.

Ini kerana sewaktu dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), seawal pagi lagi, orang ramai sudah beratur sehingga ke bahu jalan berdekatan Masjid Negara.

Apakah yang akan berlangsung pada pagi ini? Mengikut jadual, pada pukul 10 pagi nanti bertempat di Pentas Utama, Hall 5, acara Wanita Bangkit Bersama Syukor Dagang Sdn. Bhd. akan bermula.

Manakala selepas acara tersebut, diikuti dengan Bual Bicara Ikon Usahawan di pentas yang sama, berdurasi satu jam.

Lain-lain acara yang akan berlangsung pagi ini termasuk Prowell Keusahawanan Sosial, Persembahan Muzik Solo Keluarga Malaysia dan acara yang paling dinanti-nantikan oleh pengunjung iaitu Cabutan Bertuah selain Persembahan Ghazal.

Sementara itu, di Tapak E-Sports, jengukkan muka anda melihat acara E-sports Championship, FIFA PS4 dan Mobile Legend: Bang Bang.

Selepas menjengukkan muka di tapak e-sports, apa kata tinjau Showcase Ekosistem Pekerjaan dan Pameran Kerjaya ATM.

Pelbagai acara diatur hari ini sehingga ke malam dengan Malam Aspirasi Seni akan bermula pada pukul 8 malam. – SM

(Visited 259 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button