Politik

Fuziah Ketua Wanita PKR baharu

PKR umum melantik Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh sebagai ketua baharu sayap wanitanya berkuatkuasa serta merta mengantikan Haniza Mohamed Talha.

Perkara tersebut dimaklum parti komponen Pakatan Harapan itu menerusi menerusi Facebooknya.

“Tahniah buat saudari Fuziah Salleh yang dilantik sebagai ketua Wanita PKR secara rasminya hari ini.”

Haniza sebelum ini bersama lima pemimpi PKR dipecat keahliannya selepas Majlis Pimpinan Pusat bersetuju dengan cadangan Lambaga Disiplin parti itu.

Justeru, ekoran pemecatan tersebut, jawatan Ketua Wanita PKR yang dipegang Haniza sebelum ini kosong.

BACA > Jadikan bahasa isyarat sebagai bahasa ketiga-Senator Ras Adiba Radzi — Suara Merdeka

Pada pemilihan PKR 2018, Fuziah yang ketika itu merupakan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri tewas kepada Haniza dalam pemilihan ketua Wanita parti itu.

Sebelum ini juga, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menggugurkan Haniza daripada ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Perkhidmatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya itu ditamatkan selepas beliau dipecat daripada PKR.

Selain itu, kerusi ketua Wanita PKR turut kosong, selepas Dr. Daroyah Alwi sebelum ini memutuskan untuk keluar parti.

Keputusan demikian diambil berikutan hilang kepercayaan pada kepimpinan presiden parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

BACA > Tumpuan dalam sidang Parlimen Isnin ini — Suara Merdeka

Malah sebaik keluar PKR, beliau mengisytiharkan menyokong Perikatan Nasional.

Terdahulu, pemimpin PKR yang dipecat adalah bekas Timbalan Presiden dan Naib Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin.

Sementara itu, lapor porta Free Malaysia Today (FMT), Haniza dipecat daripada parti kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan Mohamed Azmin dan Zuraida.

Krisis dalaman PKR meruncing sejak akhir-akhir ini selepas laporan beberapa ahli keluar parti termasuk Cabang Ampang yang melibatkan 250 orang.

Sebelum itu di Sabah, 11 ahlinya isytihar keluar parti. Antara yang keluar adalah kumpulan yang diketuai Datuk Nani Sakam.

BACA > Wanita diragut dua kali selang beberapa saat — Suara Merdeka

Beliau yang juga bekas Pengarah Tugas-Tugas Khas PKR Sabah mendakwa ribuan penyokong masing-masing turut menyertai mereka. – SM

 

(Visited 317 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button