Nasional

Tak mungkin Mak Cik Kiah mampu bayar faedah

“BUKAN sekadar faedah tambahan, Mak Cik Kiah juga tidak mampu bayar sekali gus bulan April dan Mei ketika waktu terjejas ini.”

Demikian analogi diberikan Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL) apabila pengumuman Bank Negara Malaysia (BNM) dan Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) berkenaan moratorium.

[BACA] Moratorium: Peminjam koperasi perlu penangguhan — Suara Merdeka

Menurut Yang Dipertuanya, Samsudin Mohamad Fauzi, rakyat membayangkan tiada caj faedah tambahan dikenakan.

Rakyat bertanggapan sedemikian apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkannya.

Malah, pekerja dan peniaga juga terjejas pendapatan masing-masing apabila terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta wabak Koronavirus (Covid-19).

Hal demikian menyukarkan mereka untuk meneruskan pembayaran balik pinjaman seperti biasa semata-mata untuk mengelak caj faedah tambahan kerana mengambil moratorium.

Katanya, pihak bank seolah-olah mengambil kesempatan di atas kesempitan yang dihadapi oleh semua peminjam.

“Perkara ini adalah sangat tidak adil dan campur tangan Perdana Menteri dalam perkara ini adalah sangat diharapkan,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

[BACA] Moratorium masih berbaloi, Bank Negara perbaikilah kelemahan — Suara Merdeka
[BACA] Moratorium: Faedah, pendapatan utama bank — Suara Merdeka

Menurut Samsudin lagi, caj tambahan yang baharu diumumkan itu seolah-olah sebagai kos tersembunyi disebalik moratorium automatik.

SAMSUDIN MOHAMAD FAUZI

“Saya beranggapan apabila BNM mengumumkan moratorium automatik kepada semua peminjam peminjam maka segalanya adalah ditangguhkan kerana adanya perkataan automatik disitu.

“Bukannya menimbulkan kadar faedah tambahan atau yang bakal terkumpul secara automatik,” tegasnya.

Tambahnya, perjanjian pinjaman tidak wajar dibangkitkan kerana penularan Covid-19 dan pelaksanaan PKP adalah perkara yang diluar jangkaan semua orang.

“Dalam perjanjian tersebut tidak pernah wujud perkataan Moratorium Otomatik dan tiada siapapun yang
menyangka negara akan mengalami krisis wabak Covid-19.

“Oleh demikian BNM perlu bersifat tegas dan bertanggungjawab dalam moratorium automatik yang diumumkan semasa awal PKP dan tidak sepatutnya membiarkan pilihan yang tidak adil kepada pengguna,” ujarnya.

Terdahulu, Suara Merdeka melaporkan BNM dan ABM mengenakan caj faedah kepada pelanggan yang mengambil moratorium.

[BACA] Moratorium: BNM ubah fikiran, faedah dikenakan? — Suara Merdeka
[BACA] Polemik Moratorium kerana komunikasi caca merba — Suara Merdeka

Menurut kenyataan yang dikeluarkan mereka, kadar faedah berkenaan adalah tertakluk dalam pinjaman perjanjian.

Bagaimanapun, tindakan tersebut disifatkan umum sebagai bertentangan dengan pengumuman kerajaan. – SM

(Visited 457 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button