Ekonomi

Kekurangan pekerja asing boleh jadi punca sektor kelapa sawit rugi RM28 bilion

KUALA LUMPUR: Ketibaan pekerja asing mesti disegerakan bagi menangani masalah kekurangan buruh di ladang kelapa sawit, kata Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Ketua Pengarah MPC Abdul Latif Abu Seman berkata ketibaan 32,000 pekerja lapangan asing dari Indonesia mesti dipercepatkan.

Beliau berkata terdapat kekurangan pekerja untuk menjalankan kerja penuaian di ladang berikutan penutupan sempadan semasa pandemik Covid-19.

Beliau berkata kekurangan penuai dalam kalangan pekerja asing menyaksikan sektor perladangan kelapa sawit mengalami kerugian RM21 bilion pada 2021.

Kerugian ini dijangka meningkat kepada RM28 bilion tahun ini sekiranya pekerja asing ini tidak dibawa masuk segera.

Selain itu, sektor itu menyaksikan penurunan eksport sebanyak 4.4% pada suku keempat 2021 disebabkan oleh kekurangan pekerja tempatan dan asing.

Latif menyarankan agar proses pengambilan pekerja asing didigitalkan sepenuhnya bagi mengelak sebarang campur tangan manusia.

Untuk jangka panjang, beliau menggesa kerajaan dan pemilik ladang meneruskan pembiayaan program latihan semula dan peningkatan kemahiran untuk pekerja tempatan.

 

(Visited 448 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button