NasionalNegeriTravel

Lanskap alam semula jadi Perlis jadi tarikan pelancong

LANSKAP alam semula jadi Perlis adalah satu anugerah yang tidak terhingga dikurniakan Allah dengan kelebihan ini menjadikan satu-satunya negeri yang mempunyai tarikan semula jadinya yang tersendiri. Kelebihan ini juga memberi peluang kepada negeri ini memperkasakan sektor pelancongan.

Sektor pelancongan juga mampu berfungsi sebagai ejen perubahan terhadap ekonomi, alam sekitar dan sosial negeri ini. Ia juga berupaya mewujudkan pusat-pusat pertumbuhan baru, menjana peluang pekerjaan dan keusahawanan kepada rakyat khususnya masyarakat setempat.

Demikian titah Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menurut siaran media Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ketika Baginda berkenan berangkat melancarkan Promosi Masakan Perlis di Chillies Addis Hotel & Restaurant, Addis Ababa, Ethiopia baru-baru ini.

Berangkat sama ke program anjuran MAIPs, Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) dan juga restoran makanan India tersebut bersempena ‘Program Safar Ilmi MAIPs’ ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Baginda berdua berkenan menyerahkan plaka simbolik pelancaran kepada Pengurus Besar restoran berkenaan, Pradeepan Pachiriyan.

Menu khas yang diperkenalkan pada kali ini untuk disajikan selama dua minggu di dalam menu restoran tersebut ialah ‘Kurma Daging Perlis’.

Menurut Pemangku Raja, citarasa masyarakat setempat amat berbeza dengan Malaysia, oleh itu, ‘Kurma’ yang mempunyai banyak persamaan dengan makanan India yang lebih dikenali dipilih untuk tujuan memperkenalkan Perlis di sana pada kali ini.

Pada majlis berkenaan, Baginda bertitah walaupun jarak yang jauh untuk pelancong daripada Ethiopia datang ke Perlis, namun Baginda memperkenalkan negeri ini, khususnya kepada golongan pelajar untuk melanjutkan pelajaran di beberapa buah Institusi Pengajian Tinggi yang ada di negeri Perlis seperti Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) yang bernaung di bawah MAIPs.

Terdapat banyak perbezaan dan juga persamaan antara dua adat, budaya, dan lanskap antara Ethiopia dan Perlis. Pada tahun 2022, seramai 2.7 juta pelancong telah direkodkan datang ke negeri Perlis. – SM

BACA Perlis berpotensi pelancongan berasas alam semula jadi – Raja Muda

BACA Peluang kunjungi ekopelancongan di Perlis

(Visited 248 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button