Nasionalpilihan

Parkir bahu jalan di KL percuma bermula esok hingga 31 Ogos

SEMUA tempat letak kereta bahu jalan di dalam kawasan Kuala Lumpur tidak akan dikenakan bayaran bermula esok hingga 31 Ogos.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, tindakan itu diharap dapat membantu dalam langkah penjimatan rakyat.

“Pengguna tidak perlu bayar apa-apa dan diharap penjimatan itu dapat digunakan untuk membeli barang keperluan keluarga,” katanya.

Dalam pada itu, ramai yang menyambut baik pengumuman Annuar yang disifatkan dapat membantu mengurangkan sedikit beban perbelanjaan bulanan. -SM

(Visited 65 times, 1 visits today)


Show More

Related Articles

Back to top button