NasionalNegeri

Perlis berpotensi pelancongan berasas alam semula jadi – Raja Muda

PERLIS berpotensi untuk berkembang lebih meluas dalam sektor pelancongan dengan berasaskan keindahan alam semula jadi.

Jika dinilai tambah menerusi aktiviti dan program berbentuk promosi pelancongan yang kreatif pastinya akan mampu menarik perhatian ramai.

Bagaimanapun ia perlu diusahakan secara konsisten termasuk meningkatkan lagi usaha penambahbaikan dengan osegala prasarana sokongan.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat meninjau sebuah lokasi penginapan pelancongan terbaharu di Perlis iaitu The Wheel Estate Campsite di Lot 3862, Lorong 7(B) Belukar Lenga, Chuping yang sebelum ini telah memulakan operasi sempena program ‘Kayuhan MAIPs Peduli’ baru-baru ini.

The Wheel Estate Campsite yang terletak 13 kilometer sebelum sempadan Thailand melalui Padang Besar ini diusahakan oleh Jasmine Say dan H.B. Chew tersebut yang mempunyai konsep menarik ala tapak perkhemahan bertemakan angkasa lepas dan planet merupakan yang pertama sedemikian rupa di negeri ini.

Tuanku Syed Faizuddin turut menyarankan supaya perkembangan dan kepesatan arus teknologi perlu dimanfaatkan sebaiknya melalui pelbagai kaedah seperti mewujudkan portal, laman web, media sosial di pelbagai jenis medium aplikasi, jalinan hubungan kerjasama dengan Key Opinion Leaders (KOL) serta sokongan pempengaruh digital (influencer) media sosial bagi menarik minat pelancong untuk berkunjung ke Perlis dalam merancakkan sektor pembangunan pelancongan di negeri ini.

Tambah Tuanku Raja Muda lagi, syarikat dan individu dalam sektor swasta amat penting untuk membentuk kerjasama rentas sempadan antara negeri dan negara bagi mewujudkan pelbagai pakej pelancongan yang berimpak dan memberangsangkan.

The Wheel Estate Campsite mempunyai 6 Metre Dome Tents, 4 Metre Dome Tents, Diamond Wooden Tents, ‘A’ Wooden Houses dan tapak untuk sewaan campervans dan juga campsites.

Ia turut menawarkan aktiviti dengan caj promosi untuk aktiviti memanah, memancing, berbasikal dan memukul ‘swing’ bola golf.

Manakala trampoline, foosball, dart dan mini billiard adalah percuma untuk tempoh permulaan pembukaan ini. – SM

(Visited 166 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button