NasionalNegeriTravel

Perlis mohon PM buka Zon Aliran Bebas di Wang Kelian

KERAJAAN Perlis telah membuat permohonan kepada Perdana Menteri supaya

Zon Aliran Bebas atau ‘free flow’ di sempadan Malaysia-Thailand di Wang Kelian dibuka semula.

Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, malah Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi jaminan akan meneliti permohonan tersebut.

“Jika dibuka semula bererti aktiviti perniagaan di Arked Wang Kelian juga akan kembali meriah,” katanya kepada media selepas Mesyuarat Pertama, Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Ke-15 di Kompleks DUN di Persiaran Wawasan di Kangar.

Pada 12 Disember lalu, Mohd. Shukri telah dijemput untuk bertemu dengan Perdana Menteri di Kementerian Kewangan di Putrajaya.

Sementara itu, Zon Aliran Bebas atau ‘free flow’ sebelum ini telah dimansuhkan bermula 1 April 2015.

Keistimewaan ini memberikan pergerakan keluar dan masuk bagi warga Malaysia dan juga Thailand tanpa perlu menggunakan pas sempadan atau pasport sejauh satu kilometer dalam kawasan Wang Kelian dan Wang Prachan di Thailand.

Bagaimanapun keistimewaan ini telah ditarik semula atas faktor keselamatan berikutan penemuan kubur besar pemerdagangan manusia di atas Bukit Wang Burma pada tahun berkenaan.

Hal berkenaan menyebabkan aktiviti ekonomi di Wang Kelian menjadi “mati” apabila peniaga berpindah ke tempat lain. – SM

(Visited 471 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button