Politik

Kerusi menteri diduduki Zuraida hak Bersatu

KERUSI yang pernah diduduki oleh Datuk Zuraida Kamaruddin adalah kuota Bersatu.

Ketika dilantik sebagai menteri, Zuraida pada ketika itu adalah ahli Bersatu.

Itu yang ditegaskan oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ditanya pemberita tentang jawatan Zuraida dalam jemaah kabinet kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media usai Mesyuarat Majlis Pemulih Negara (MPN) di Putrajaya, hari ini.

Muhyiddin berkata, sejak beliau jadi perdana menteri dahulu, kuota itu adalah dari Bersatu.

Walaupun hak perdana menteri untuk melantik sesiapa sahaja dalam jemaah kabinet namun Ismail Sabri harus berbincang dengan Muhyiddin.

“Nak lantik, itu hak perdana menteri. Perdana Menteri ada maklumkan akan berjumpa untuk berbincang.

“Bilakah? Saya masih menunggu tarikh daripada perdana menteri,” jelasnya.

Menjawab desas-desus benarkah Datuk Seri Azmin Ali dan Rashid Hasnon keluar daripada Bersatu, ini jawapan Muhyiddin, “Setahu saya, tak betul.

“Kenapa orang sasarkan pada Bersatu? Kita kerap bincang keluar masuk parti.”

Muhyiddin juga berkata, beliau tidak berhak untuk memberi sebarang komen tentang perjanjian MoU di antara perdana menteri dan pihak pembangkang.

“Itu kena tanya perdana menteri,” katanya. – SM

 

(Visited 300 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button