Politik

Annuar sifatkan ADUN bertukar haluan sebagai wira Sabah

AHLI Majlis Tertinggi UMNO Tan Sri Annuar Musa menyifatkan Ahli-ahli Parlimen yang menukar haluan daripada menyokong kepimpinan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal adalah wira Sabah.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, Ahli-ahli Parlimen terbabit cuba menyelamatkan Sabah daripada terus diseret oleh politik kepentingan diri dan kroni.

Menurutnya, politik yang berdasarkan kepentingan diri dan kroni merupakan faktor Sabah terus mundur.

“Mereka yang menukar haluan adalah wira-wira Sabah yang telah mencuba menyelamatkan Sabah daripada terus diseret oleh politik kepentingan diri dan kroni.Yang kini menyebabkan Sabah makin mundur,” ciap Annuar.

Annur mengulas laporan sebuah portal bahawa bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad akan mengunjungi Sabah menjelang pilihan raya negeri (PRN) yang bakal diadakan di negeri itu.

Dr. Mahathir berkata, 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berpaling tadah kepada pembangkang di negeri itu yang menyebabkan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal terpaksa membubarkan DUN bagi menggagalkan cubaan rampasan kuasa, akan dihukum.

“Saya akan pergi ke Sabah kerana saya mendapati bahawa apa yang berlaku di Sabah adalah contoh rasuah yang sangat buruk.

“Saya dapati 13 ADUN yang keluar dari parti kerajaan negeri ditawarkan wang. Mereka disogok. Ini sesuatu yang ingin kita hapuskan.

“Mereka akan ditolak sepenuhnya oleh rakyat Sabah kerana mereka tidak boleh dipercayai. Mereka ini hanya ikut duit, bukan ada prinsip. Apabila mereka mendapat duit, mereka melompat,” katanya semasa rancangan bual bicara dalam talian yang dianjurkan oleh kumpulan usahawan MyPerintis.

Untuk rekod, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 BN menguasai kerusi DUN Sabah.

Bagaimanapun enam ADUN BN Sabah kemudiannya menyertai Warisan dan seterusnya membantu Warisan membentuk kerajaan negeri.

Empat daripada mereka adalah ADUN UMNO iaitu Datuk Abdul Muis Picho (Sebatik), Datuk Hamisa Samat (Tanjung Batu), Datuk Osman Jamal (Balung) dan Jamawi Jaafar (Kemabong).

Dua lagi ADUN ialah dari Pertubuhan Pasokmmogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) iaitu Ewon Benedict (Kadamaian) dan Datuk Abidin Madingkir (Paginatan).

“Dengan itu, kini jumlah kerusi Warisan dengan Pakatan Harapan adalah 29 kerusi dan ditambah kemasukan enam lagi ADUN ini mencukupi (membentuk kerajaan negeri),” kata Shafie ketika mengumumkan kemasukan enam ADUN tersebut.

(Visited 228 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button