Jenayah

Sindiket mercun, bunga api, minuman keras tumpas

MELAKA 17 Jan – Pelbagai helah digunakan sindiket mercun, bunga api dan minuman keras untuk menyeludup masuk bahan terlarang itu, lebih-lebih lagi menjelang sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

Terbaru, sebuah banglo di Bukit Cina dekat sini dijadikan lokasi penyimpanan bahan terlarang tidak bercukai berjaya diserbu sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Khas D9, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Jumaat lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata, tiga lelaki berusia antara 27 hingga 29 tahun termasuk seorang lelaki yang masih bebas dipercayai ketua sindiket itu berjaya ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 7.00 petang.

Menurutnya, hasil serbuan itu, polis berjaya merampas 146 kotak mercun pelbagai jenama dan jenis serta 11 katon tin arak dan 13 botol arak tidak bercukai yang dianggarkan bernilai RM150,000.

Katanya, seorang lelaki dipercayai dalang sindiket terbabit masih diburu polis dan dikenali sebagai Soh Wei Huang dengan no kad pengenalan 930219-04-5387 dan alamat terakhir No.111, Jalan Puteri Hang Li Po,
Melaka.

 

“Modus operandi yang dijalankan sindiket terbabit dengan mempromosikan penjualan mercun melalui media sosial iaitu Facebook dan Wechat kepada pelanggan dengan menyertakan senarai mercun melalui katalog.

 

“Kesemua mercun yang dirampas adalah untuk pasaran Melaka sempena sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi,” katanya dalam sidang akhbar di IPK Melaka, hari ini.

 

Mengulas lanjut, Abdul Majid berkata kes disiasat dibawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967, jika sabit kesalahan boleh dipenjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

 

Katanya, bagi kesalahan kedua, jika disabitkan kesalahan penjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak lebih RM500,000 atau kedua-duanya sekali dan bagi kesalahan kedua boleh dipenjara dan tidak melebihi dua tahun dan sebatan.

 

Menurutnya, ketiga-tiga suspek telah ditahan reman selama dua hari.

(Visited 385 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button