Nasional

Kaedah saringan COVID-19 di Malaysia perlu dipertingkatkan

KOREA SELATAN menggunakan kaedah mudah dan sangat berkesan dalam menangani penularan wabak COVID-19.

Negara berkenaan tidak perlu melaksanakan perintah berkurung, sebaliknya hanya menggunakan kaedah pandu lalu untuk ujian wabak berkenaan.

Selain itu kerajaan Korea Selatan juga melakukan ujian berkenaan secara terbuka dan kaedah berkenaan telah diikuti oleh beberapa buah negara.

The Korea Herald, melaporkan baru-baru ini Korea Selatan memanfaatkan pondok telefon awam yang ada dan menjadikannya sebagai bilik sementera untuk mengambil sampel untuk ujian virus corona.

Kaedah itu telah dipelopori oleh Hospital Yangji di Seoul, di mana bilik menggunakan tekanan udara negatif bagi mencegah partikel berbahaya keluar dari bilik itu.

Terdapat empat bilik disediakan dan mempunyai telefon untuk orang yang sedang diperiksa kesihatan untuk berkomunikasi dengan petugas perubatan.

Petugas mengambil sampel dari hidung dan kerongkong untuk diuji dan keseluruhan proses hanya mengambil masa tujuh minit.

Setelah selesai prosesnya, bilik tersebut terus disterilkan dengan disinfeksikan.

Sementara itu seorang doktor dari Hospital Pakar Damansara, Datuk Dr. Musa Mohd Nordin mencadangkan kaedah saringan yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan diperbaiki sebagaimana negara lain.

Kaedah manual, katanya mengambil masa yang lama serta memerlukan tenaga petugas perubatan ramai dan kos yang tinggi.

Di Singapura dan Korea Selatan dilaporkan telahpun mengguna solusi apps AI (Artificial Intelligence) untuk tujuan tersebut.

Kaedah itu dapat memberi maklumat yang tepat sehingga mereka boleh menjejaki setiap kes serta dapat memaklumkan kepada masyarakat lokasi yang sudah menular wabak dan mereka perlu menjalani ujian perubatan.

(Visited 110 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button